fbpx
blog najib asaddok

5 Cara Untuk Dapatkan Idea Content

5 Cara Untuk Dapatkan Idea Content

Saya tahu ramai yang ada masalah nak buat posting apa. Setiap hari kena buat posting, tapi nak post content apa? Nak guna gambar apa? Nak buat live, nak cakap apa?

Stress, sakit kepala, buntu sampai tak tahu nak buat apa. Penat pun ada bila posting yang kita buat tak dapat sambutan. Betul ke betul?

Saya nak share macam mana nak wujudkan idea untuk bina posting. Bina content yang sesuai.

Baca sampai habis tau.. Banyak saya nak share kali ni!

5 Cara Untuk Dapatkan Idea Content

1. Faham pelanggan

Siapa pelanggan kita? Kita kenal diorang dulu.. Sebab tak semua orang dalam dunia ni adalah pelanggan kita? Berbeza dari segi jantina, umur, tempat tinggal dan banyak lagi.. Lain umur, lain cara macam mana kita nak dekat dengan diorang.

Sebab tu kena faham dulu, apa yang mereka suka.. Gaya bahasa yang macam mana yang diorang selesa. Dan waktu mereka selalu buka sosial media pun, kita kena tahu.. Apa yang diornag minat.. Suka tengok video ke, artikel ke.. Atau pun suka tengok gambar je..

Korang kena buat kaji selidik sikit.. Boleh?

5 Cara Untuk Dapatkan Idea Content

2. Apa yang kita boleh bantu

Next, baru kita boleh senaraikan apa yang kita boleh bantu. Apa ilmu yang kita nak sampaikan pada followers..

Apa yang buatkan diorang mudah untuk selesaikan masalah.. Senaraikan semuanya baru kita boleh bentukkan lepas ni..

3. Tahu jenis content

Step seterusnya, kita keluarkan kaji selidik dari point pertama yang saya terangkan tadi dan point ke 2.

Apa content yang sesuai untuk kita share pada diorang. Adakah sharing dari segi video yang dapat tarik perhatian pelanggan? Buat diorang stop pada video kita?

Ada banyak content yang kita boleh buat.. Antaranya ialah content berbentuk tips, content berbentuk testimoni, content berbentuk Q&A.. Dan kita perlu terangkan dengan pelbagai cara seperti video pendek, posting tutorial bergambar, live dan banyak lagi..

Korang rasa, nak ke nak kalau saya share pada korang jenis cara penyampaian posting dalam ni?

Kalau nak, next posting saya akan buat.. Jadi kita sambung dulu yang ni ye..

4. Tahu isu semasa

Kita pun kena peka dengan isu semasa. Apa yang berlaku dalam realiti dunia sebenarnya. Kita boleh olah dan ubah content ikut kreativiti kita..

Apa yang kita nak share pada diorang.. Apa info yang kita patut sampaikan pada diorang.. Bukan jadi ‘MakCik Bawang’ yang spread negativiti, tapi spread benda baik pada orang ramai. Berapa ramai dapat benefit dari kita.

5. Apa orang suka

Kena tahu orang suka apa. Apa minat mereka.. Apa yang buatkan diorang stay dengan kita.. Kalau orang suka info, share info.. kalau orang suka cerita sejarah, share cerita sejarah.. Kita kena follow apa orang nak.. Jangan syok sendiri!

Orang suka benda viral, dan lagi best kalau content tu sharable. Mudah je orang nak tekan button share..

Semoga perkongsian saya kalini beri manfaat pada korang semua.. Jangan tunggu! Terus buat tau..

www.MomentumBisnes

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !