fbpx
blog najib asaddok

Nak Capai Kejayaan Tak Susah, Jom follow 3 Tips Ni…

Nak Capai Kejayaan Tak Susah, Jom follow 3 Tips Ni…

Saya faham ramai antara anda yang stuck untuk nak dapatkan sales yang bagus. Ada yang tanya “kenapa sales aku ni teruk ?”  “Tak ada untung ?”  “Team pula banyak masalah ?”

Anda perasan tak, sebenarnya ada seseorang yang timbulkan semua masalah ni. Cuba anda pergi depan cermin dan anda akan jumpa muka orang buatkan diri anda ni susah nak berjaya.

Patut ke anda nak tunding jari dekat orang lain atas kesilapan diri sendiri ni ? Diri sendiri tak nak ubah macam mana keadaan tu nak berubah ? Macam mana nak capai kejayaan?

Bila kita ada ilmu, sebenarnya, tak susah pun untuk nak capai kejayaan terutamanya dalam bisnes. Sebab tu, saya nak sharekan 3 tips yang anda boleh follow untuk nak berjaya.

1. Bersedia Dengan Perubahan.

Bila sesuatu perubahan datang, anda perlu mengalu – alukan perubahan tu. Berada dalam keadaan yang sedia.

Zaman sekarang ni orang dah mula berniaga secara online tapi anda tak nak berubah. Anda rasa online tu susah sebab anda dah selesa dengan cara offline.

Sales pula makin menurun lama – lama boleh jadi bankrup. Sebab tu kalau tak tahu jangan lah duduk termenung je. Pergi belajar dan buat sesuatu.

2. Sentiasa Beri Peluang Pada Diri Untuk Gembira.

Tak perlu nak buang masa untuk nak stress dengan masalah orang.

Bila tengah buat FB Live, tiba – tiba ada orang komen yang bukan – bukan kita tak payah layan, tak perlu bersedih dengan komen tu.

Cari circle yang bagus untuk bagi kita lebih high energy baru boleh buat sesuatu dengan bersemangat.

3. Sanggup Ambil Risiko

Sama juga dalam bisnes kita ada banyak risiko. Tapi kena tahu macam mana nak atasi risiko tu?

Dalam hidup ni tak ada benda yang tak ada risiko. Nak keluar rumah pun risiko takut kena langgar. Nak masuk bilik air pun risiko untuk jatuh.

Penting untuk tanya orang yang lebih mahir daripada benda yang kita tak pandai. Tingkatkan ilmu, ada guru yang boleh berikan pendapat.

Percayalah lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan dia.

Muhasabah diri ni penting. Tak perlu nak rasa diri ni dah pandai, rasa tak perlu nak belajar lagi. Sebenarnya banyak benda yang kita sendiri tak tahu. Penting untuk korang upgrade ilmu supaya anda tahu silapnya di mana.

Apa kata anda rendahkan ego jom tambahkan ilmu untuk nak gandakan jualan anda, jadilah yang terawal untuk rebut peluang dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Gandakan Jualan Online & Capai RM 10,000 Pertama pada 23 dan 24 Oktober 2021 di www.naktarikpelanggan.com

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !