fbpx
blog najib asaddok

Nak Bina Team Roket Digital Marketing Supaya Bisnes Meroket?

[#AWAS!! JANGAN BACA KALAU TAKNAK BISNES ANDA GROW LEBIH POWER & MEROKET!!]

 

Bisnes zaman sekarang, nak tak nak mesti nak kena online sebagai medium utama.

Sebab apa kena camtu? Sebab paling utama adalah pengguna internet semakin hari semakin bertambah dengan dashat dan paling power, 2/3 penduduk Malaysia dah ada akaun Facebook.

Sebab tu bisnes anda pun kena ada dalam online terutamanya Facebook.

Nak onlinekan bisnes anda sekarang sangat mudah. Kalau anda tak tahu, anda boleh belajar dalam Komuniti Najib Asaddok Group secara percuma di bit.ly/groupnajib;

Ataupun;

Anda boleh masuk dalam waiting list untuk Seminar Roket Bisnes yang akan datang di http://www.roketbisnes.com/

Kenapa perlu ada team khas untuk digital marketing?

Benda ni sangat penting dan jadi trending untuk bisnes yang nak grow lebih besar. Salah faham paling utama kebanyakkan usahawan ialah dia anggap buat bisnes secara online sama macam offline.

Paling jelas, orang selalu menjual dalam online. Tak kira dalam Facebook, Insta, Blog, atau mana-mana platform online, mesti nak jual.

Sekarang ni, dah tak macam ni. Zaman menjual dah terkubur. Walaupun sekarang ni mudah nak onlinekan bisnes anda, tapi teknologi dan ilmu marketing semakin berkembang dan semakin mencabar.

Terutama pada persaingan. Anda akan ketinggalan kalau anda takde team digital marketing yang bantu kuatkan pengaruh anda dalam bisnes online.

Apa kelebihan kalau anda ada team yang khusus untuk digital marketing?

[✔] Kerja marketing akan lebih fokus dan ada team yang kuasai teknikal dalam digital marketing

[✔] Anda dah ada team yang boleh fokus sharing pelbagai perkara dengan Content Marketing. Sekarang ni, sharing lebih menjual dari teknik menjual.

[✔] Anda tak perlu lagi risau soal teknikal, ada team yang hanya fokus melicinkan digital marketing anda.

[✔] Branding anda akan lebih menonjol.

[✔] Bila ada team, bisnes anda akan ada kelebihan dari segi ‘speed’ atau kelajuan dalam menaikkan brand

[✔] Bisnes anda ada cukup orang untuk respon dan reply pertanyaan orang ramai dengan laju dan tepat.

[✔] Orang akan lebih yakin dengan bisnes anda.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan jika anda ada team yang cukup dan mahir dalam semua aspek digital marketing.

So, apa jawatan yang ada dalam Team Roket Marketing ni? Team ini bergantung kepada saiz dan kemampuan anda nak rekrut masuk dalam bisnes anda.

Perkara paling penting yang anda kena jelas dan anda wajib yakin adalah, semakin anda nak besarkan bisnes anda, anda kena juga besarkan team digital marketing anda.

 

Ok, sekarang ni kita masuk pada jenis-jenis jawatan dalam team digital marketing anda:

 

1. Content Writer

Jawatan sangat penting, asas kepada team digital marketing. Individu ni adalah orang yang bertanggungjawab menghasilkan content-content yang berkualiti untuk bahan sharing atau marketing.

2. Graphic Designer

Individu yang bertanggungjawab untuk menghasilkan image yang berkualiti yang beremosi dan mampu pengaruh orang untuk lihat dan baca. Dia juga mesti tahu serba sedikit tentang design yang bagus, trending terkini dan apa yang mampu menarik perhatian orang. Dia pun kena tahu rules dan keperluan teknikal ads dalam online marketing

3. Videographer

Individu yang bertanggungjawab memastikan video result anda sentiasa kelihatan kreatif untuk penonton. Orang ini sentiasa mencari idea segar untuk pastikan followers / likers page sentiasa mendapat input dari video.

4. Facebook / Social Eksekutif

Orang ini bertanggungjawab terhadap semua teknikal Facebook Ads. Dialah yang bertanggungjawab buat iklan untuk memenuhi objektif. Satu lagi kerja utama adalah baca data dan keberkesanan iklan yang dia buat. Kalau iklan yang tak dipantau akan sebabkan kos yang keluar tu terbakar sia-sia.

5. Customer Experience

Individu ini bertanggungjawab untuk pastikan setiap komen, inbox, pm yang berkaitan soalan dan inkuiri terjawab dengan cepat dan pantas. Jawatan ni juga penting supaya prospek terjaga dan dapat tukar kepada pelanggan.

Secara asasnya, inilah 5 jawatan yang penting dalam team digital marketing bisnes anda. Dengan masing-masing ada skop kerja yang terperinci, marketing online marketing anda akan kelihatan power.

So, sekarang ni, anda dah kena ada ILMU untuk perkara ni supaya anda sendiri boleh rekrut orang betul pada jawatan yang betul. Anda dah nampak ke nampak benda asas dalam Team Roket Digital Marketing anda?

#roketcontent
#teamdigitalmomentum

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !