fbpx
blog najib asaddok

Hasil Buat Facebook Live, Sales Wafiy Collection Melonjak 3 Kali Ganda.

Hasil Buat Facebook Live, Sales Wafiy Collection Melonjak 3 Kali Ganda.

Siapa dekat sini pernah dengar pepatah orang dulu-dulu yang kata “orang malu selalu rugi”. Ini lah prinsip yang saya tanamkan dalam diri peniaga yang saya bantu..

Pada mulanya Mohd Noor Azmi Dhinan, pengusaha kepada Wafiy Collection malu nak buat Facebook Live.. Baginya “Buat Facebook ni boleh jadi tekanan sampai isteri saya rasa nak nangis sebab terpaksa”.

Korang pernah ke rasa benda yang sama? Memang struggle betul nak tekan butang “live”, perasaan bercampur baru takut, malu, risau tak ada yang tengok.. 

Saya dulu pernah rasa benda yang sama tapi saya buat jer, janji dalam kita konsisten buat setiap hari tak kisah la ada orang tengok ke tak..

Percaya lah lama-lama orang akan mula nampak, kenal, suka dan percaya bisnes korang..

Sebelum ni Azmi dan isterinya jalankan bisnes kain pasang di rumah jer dengan keuntungan RM1000 hingga RM2000 sebulan..

Masa ni dia memang tak tahu apa-apa pasal bisnes.. Bayangkan nak setup Facebook Page pun terkial-kial tapi dia teruskan juga bisnes sebab nak cari duit lebih..

Menurut Azmi, “Semuanya berjalan lancar sampai la bisnes down disebabkan PKP. Memang mencabar sebab sales stuck sebab tak ramai pelanggan yang beli kain pasang”.

Tertekan dengan angka sales yang susah nak naik, Azmi terus buat tindakan untuk join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) pada awal Januari 2020. Daripada kelas ni banyak yang dia belajar terutama sekali cara onlinekan bisnes yang betul..

Dengan ilmu yang dia ada, Azmi beranikan diri untuk buat Facebook Live, sentiasa follow up pelanggan dan ikut sebiji apa yang saya ajar dalam kelas.

Alhamdulillah hasil daripada tindakan yang betul, Azmi dapat naikkan jualan daripada bawah RM10,000 naik ke RM50,000 sebulan. Bukan tu jer, sekarang dia dah berjaya raih jualan 6 angka sebulan. Hebat kan?

Menurut Azmi, win dia bukan setakat dari sales jer tapi juga dia dapat beri yang terbaik pada keluarga dan konsisten beri sumbangan setiap bulan. Syukur Alhamdulillah. 

Bayangkan kalau Azmi masih lagi malu-malu kucing untuk buat Facebook Live, korang rasa dia boleh ke capai apa yang dia ada sekarang. 

Ingat ya, tindakan korang sekarang akan menentukan kejayaan korang di masa hadapan. Walaupun banyak kali gagal, jangan pernah lupa untuk bangkit semula dan buat lebih baik. 

Orang yang berjaya adalah orang yang berani untuk sahut cabaran. Jadi korang nak ke nak saya bantu macam Azmi? Boleh ke beri peluang kali ni untuk saya dan Team Momentum bantu?

Jom daftar kelas RPM Gandakan Jualan Online & Capai RM10,000 Pertama. Anda berpeluang dapat E-Book 30 Idea Posting (Bernilai RM299) secara PERCUMA.

Jangan lepaskan peluang ni.. Boleh daftar segera di → www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !