fbpx
blog najib asaddok

Baru Tahu Pentingnya BRAND Selepas Berguru

Chef Tako (Ultimate Partner Gathering)

Ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri tapi tak ramai orang sanggup mengambil risiko untuk realisasikan impian mereka. 

Kadang-kadang kita gagal bukan sebab tak pandai tapi sebab rasa dah tahu semua benda dan tak perlukan guru yang boleh bimbing. Sedangkan sebenarnya banyak lagi perkara yang kita sendiri tak tahu..

Syukur Alhamdulillah, baru-baru ni saya dapat luangkan masa bersama peniaga yang saya dah bantu dalam Ultimate Partner Gathering. 

Banyak learning point yang mereka kongsikan dan salah satunya daripada Co-Founder Chef Tako, Misyael bin Abd Rama.

Menurut Misyael, “Saya belajar untuk buat pelanggan atau client rasa amat dihargai & rasa seolah VVIP terutama kepada high network client sehingga pelanggan rasa mereka adalah “orang yang penting”.

Bukan tu jer, dia juga berkongsi dengan saya bahawa dia belajar betapa pentingnya kena ubah cara berfikir. 

Kalau korang nak tahu, perjumpaan kali ni saya memang galakkan peniaga yang saya bimbing ni untuk lebih bercakap dan belajar memberi pandangan mereka sendiri. 

“Kami tak bercakap tentang marketing, Facebook Ads dan content di media sosial tapi lebih kepada BUILDING THE BRAND”, ujarnya.

Dalam bisnes ni penting untuk buat pelanggan nampak, kenal, suka dan percaya pada kita sebab tu penting kena ada brand yang kuat 

Bila korang dapat 100% kepercayaan pelanggan, jual lah apa pun, insyaAllah pelanggan akan tetap membeli. Korang dapat sesuatu daripada sharing Misyael ni?

Asbab dia berguru dan dibimbing oleh saya dan Team Momentum, banyak yang berubah dalam hidup dia terutama sekali dapat beri yang terbaik pada keluarga dan team di Chef Tako.

Doakan ya semoga saya teus diberi kekuatan untuk bantu dan bimbing student Ultimate dan saya juga mendoakan korang boleh berjaya capai target tahun 2021 ni.  

Ada sesiapa dekat sini nak saya dah Team Momentum bimbing macam Misyael? Jom dapatkan bimbingan daripada kami. Segala info dan maklumat terkini korang boleh dapatkan di channel telegram → www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !