Ramai orang salah sangka dalam online ni kita hanya fokus pada sales disebabkan orang kata mudah nak buat sales dalam online.
Sebenarnya nak onlinekan bisnes dalam bidang servis ni ada cabarannya tersendiri. Banyak perkara kena buat, banyak teknik dan strategi kena implemen untuk naikkan jenama anda hingga melekat dalam minda orang ramai.
Kalau anda tengok jenama bisnes servis yang besar macam UBER, GRABCAR dll, diaorang lebih banyak sharing berbanding menjual dalam online. Lebih banyak sharing, lebih mudah orang kenal dan ingat.
Eh korang tahu ke bisnes servis ni camne? Ok, ni antara bisnes servis;
1. Bengkel Kereta
2. Kontraktor
3. Pasang Aircond
4. Electrical / Wiring
5. Carwash
6. Doorgift
7. Katering / Event Management
8. dll yang seumpama..
So korang dah patut tahu sebenarnya korang ni bisnes jenis apa. Nanti mudah korang nak buat Content Marketing.
Content Marketing adalah kunci untuk jadikan jenama / bisnes anda kelihatan terkedepan berbanding pesaing lain. Content marketing yang berkesan boleh jadikan anda ada keunikan yang membezakan jenama anda dan orang lain. Orang lebih mudah melekat dengan bisnes anda.
So apa benda content yang anda patut share? Kat sini ada 7 idea atau benda yang anda WAJIB share supaya anda kelihatan lebih pakar.
Anda kena share apa kepakaran anda. Kalau anda bisnes servis bersihkan kereta, kena share anda mahir dan expert dalam bab bersihkan kereta.
Tunjuk apa yang sepatutnya orang patut tahu, barulah orang kata anda ni sangat ‘wow’ dalam bidang anda.
Selagi anda tak tunjuk, orang tak tahu. So start sharing kepakaran anda sekarang..
Kena share tips-tips yang berkaitan. Kalau anda servis cuci karpet, tunjukkan macamana cara nak bersihkan hingga 99.9% bakteria hilang.
Anda kena tunjuk formula anda tu. Dengan kaedah ini anda dah selesaikan masalah orang.
Share tips, kaedah macamana nak buat dan macam-macam lagi..
Bebel lagi dalam video tu kenapa minyak hitam tu berubah warna, warna apa yang tak elok untuk enjin dll.
Kalau anda bisnes pasang aircond, anda kena tunjuk cara pembersihan aircond yang betul.
Eh orang tengok mesti terpegun. Apa, ko ingat semua orang pandai? Tak sebab orang tak tahu kita kena share. Orang takde masa nak google, ko tunjuk jer.
Anda kena tunjuk pada prospek anda selesaikan masalah apa. Supaya orang jelas bisnes anda ni untuk apa.
Banyakkan sharing sehari sekali paling minimum supaya jenama anda masuk dalam minda prospek.
Minyak angin cap kapak untuk sakit kepala, minyak yuyi cap limau untuk sakit kembung perut bayi. Haa camtu skali orang kenal brand.
Sharing macam ni lebih mudah melekat. Lama-kelamaan orang akan nampak, kenal, tahu dan percaya dengan jenama anda.
Anda kena tunjuk muka puas hati pelanggan. Kalau aircond kereta rosak, tunjukkan muka puas hati pelanggan bila dah dapat kereta dengan aircond yang dah pulih.
Kalau ada video sekeluarga lagi best. Moment ini yang kita nak share sebab kita dapat puaskan hati orang.
Kena ada tau. Faham ke faham?
Interview pelanggan kenapa dia ambil servis dari anda, kemudian minta dia share story kenapa dia ambil serivs dari anda.
Pastikan anda rakam, tak rasmi pun takpe yang penting orang boleh tahu story kat situ.
Lagi banyak anda engage dalam video, orang suka tengok dan faham.
Kalau kedai tayar, anda boleh tunjukkan tanda-tanda bila tayar kereta perlu ditukar atau anda berisiko hadapi kemalangan jalan raya. Ini contoh.
Anda share bahaya kalau tak servis air dirumah, lagi banyak bakteria dan sebagainya.
Setiap servis, ada bahaya atau risiko yang anda perlu share.
Ingat tau, ni bukan suruh promote direct ambil servis dari anda. Nak menjual, jangan jual!.. Share jer..
#roketcontent
#ormnajibasaddok