fbpx
blog najib asaddok

3 Tips Nak Mulakan Bisnes Online Dengan Yakin

bisnes online

Mulakan bisnes online dengan YAKIN.. Tak yakin baca ni pasti lepasni YAKIN..

Bila kita niat nak mulakan bisnes online, kita tak boleh ada mentaliti “aku nak untung je, aku taknak rugi”.

Kalau tanya usahawan di luar sana, diorang pon tak nak rugi. Bukan kita je taknak rugi. Kalau boleh, semua orang nak elak dari rugi tau!

Jangan takut untuk spend duit dekat bisnes online. Semakin banyak kita melabur, semakin banyak pulangan kita dapat. Asalkan buat dengan konsisten. Jangan buat tindakan yang salah. Salah tekan “button advertising FB

Kebanyakan orang yang meniaga secara online ni, mereka takut nak mulakan dulu. Banyak sangat alasan dekat kepala otak tu. Semakin banyak kita fikir, semakin kita malas nak bertindak.

Jadi apa perkara yang kita perlu buat untuk kita rasa yakin nak mulakan bisnes online?

  • Mulakan bisnes dengan modal yang rendah

Tips paling simple dan penting. Anda tak perlu terburu-buru dalam membina perniagaan anda. Mulakan apa jua perniagaan anda dengan modal yang rendah.

Kenapa modal rendah lebih bersesuaian dengan anda?

Hal ini bagi mengelakkan daripada menanggung kerugian yang besar sekiranya perniagaan anda tidak menjadi. Antara cara untuk memulakan perniagaan dengan modal yang rendah adalah dengan berniaga
secara dropship. Selepas itu, anda boleh kembangkan bisnes dengan pengalaman yang ada.

  • Mengkaji pelanggan

Salah satu perkara paling penting sebelum memulakan perniagaan adalah mengkaji pelanggan.

Anda mungkin tidak mempunyai masalah dari segi modal namun percayakah anda jika anda tak teliti dalam
fasa ini kecenderungan bisnes anda untuk rugi adalah tinggi.


Malah jangan terkejut jika saya katakan bisnes online ternama di social media ( Facebook, Instagram dll ) mampu rugi kerana tersilap langkah dalam fasa ini.


Pelanggan yang betul dan tepat akan mendatangkan keuntungan untuk bisnes kita melalui bisnes online yang kita bina.

Lagi Tips Untuk Bina Bisnes Secara ONLINE :-

1) 3T Nak Dapat Sales Tinggi Secara Online
2) 7 Tips Untuk Hilangkan Rasa Takut Mulakan Bisnes Online
3) 5 Kelebihan Bila Anda Onlinekan Bisnes Supaya Lebih Meroket

  • Sabar dan Konsisten

Berniaga ni nak kena sabar. Tak bolehlah nak harapkan kejayaan dan keuntungan datang sekelip mata. Bukan MAGIC berniaga harini SEMALAM lagi dah untung..


Buat perkara yang betul secara konsisten, dapatlah result yang terbaik.
Isu yang terjadi pada ramai usahawan sekarang ni, mereka sebenarnya tak tahu yang mereka BUAT SILAP.

Eh terkejut ke ? Jap jap, ke sebenarnya anda tak tahu yang anda pun sebenarnya buat silap?

Apakata anda join sesi ni setiap hari selasa. Belajar secara ONLINE jer, tak kisah anda berada di mana boleh dapatkan ilmu. Hanya perlu klik jer pada link yang akan diberikan.

Ingat tau, sesi ni nilai dia RM499 tapi secara PERCUMA jer untuk ada join sesi LIVE sendiri belajar bersama Najib Asaddok. Atasi masalah anda dan bina bisnes secara online dengan cara yang proven result dalam sesi TALK TO NAJIB!

Cepat-cepat tau daftar supaya anda akan sentiasa ikuti sesi kelas ini setiap selasa malam. Lemah dalam Copywriting ke, lemah pada strategi bisnes online ke anda boleh join!

Klik sini & daftar jer secara PERCUMA —> www.buatjer.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !