fbpx
blog najib asaddok

7 AYAT COPYWRITING YANG AKAN BUAT PROSPEK CABUT LARI

Pernah korang kenal mana-mana usahawan yang selalu mengeluh bila tulis copywriting macam power tapi tak boleh nak convert?

Sebenarnya bukan masalah pada produk yang orang tak nak beli. Isunya bila menulis buat orang sakit hati nak baca lagi.

Ada pula prospek cabut lari bila usahawan terlalu desperate menjual dalam copywriting.

Itu yang buatkan prospek tak sanggup letak kepercayaan pada bisnes korang.

Jadi, apa COPYWRITING YANG BUATKAN PROSPEK CABUT LARI??

Anda kena scroll satu persatu gambar bawah ini untuk anda faham. Benda ni sangat penting sebab ia berkaitan kredibiliti jenama / bisnes anda.

Kalau nak dapatkan kefahaman dan input terbaik tentang copywriting, apakata anda join Komuniti Najib Asaddok Group secara PERCUMA.

—> bit.ly/groupnajib <—

Anda akan sentiasa mendapat update copywriting yang bagus.

Pantang dalam copywriting bila anda tulis perkataan ‘BELI’.

Secara tak langsung orang akan anggap bisnes anda sangat desperate, nak minta orang ramai beli.

SAtu lagi perkataan yang pantang adalah perkataan ‘JUAL’.

Kenapa perkataan ni tak boleh nak tayangkan?

Sebab memang lumrah manusia tak suka dijual. Manusia kalau nak dapatkan barang, dia sendiri akan beli dan dapatkan.

Ingat, jangan desak orang denga tulis JUAL..

Jangan sesekali tulis perkataan MAHAL dalam copywriting anda.

Tak kisahlah macamana anda menulis, jangan tulis MAHAL sebab ia beri anggapan orang ramai produk / brand anda mahal.

Dalam copywriting, letak perkataan ‘MURAH’ pun ada implikasi tak bagus.

Orang akan anggap produk / jenama anda seolah tidak power, murahan.

Nak elakkan dari tulis MURAH, lebih baik tulis perkataan JIMAT.

Copywriting yang berunsur perli / sentap tidak berapa digalakkan sebab manusia belum lagi percaya dengan jenama anda.

Daripada anda tulis headline sentap, lebih baik anda tulis dalam bentuk positif.

Peraturan Facebook tidak berapa gemar sekiranya copywriting anda berbentuk negatif, menuju seseorang.

Bila anda guna Facebook Ads, iklan tak lepas.

Antara peraturan Facebook adalah tidak boleh melampau dalam menulis copywriting.

Contoh paling biasa orang guna, MERAWAT, MENYEMBUH, PULIH atau copywriting anda berikan jaminan seperti “3 hari kurus 10kg”, tidak dibenarkan.

Bagi Facebook, ia adalah overclaim, terlalu dashyat sangat perubahan. Tak logik.

Lebih-lebih lagi untuk orang yang baca copywriting anda pun rasa menyampah.

Tidak ada produk dalam dunia boleh pulihkan semua penyakit. Anda kena fokus pada satu jenis sahaja.

Kebanyakan usahawan kesihatan selalu suka guna merawat macam-macam masalah.

Kalau dalam copywriting tu, ada 7 – 20 masalah yang boleh diselesaikan.

Jangan kata Facebook tak suka, orang ramai baca copywriting anda pun tahu produk ni nampak sangat kelentong.

Fokus pada satu jenis masalah untuk anda selesaikan.

Nak tahu lebih lanjut tentang 1001 masalah dan penyelesaian copywriting? Anda semua dijemput untuk bertemu secara LIVE bersama Najib Asaddok untuk bantu anda perbaiki dan perbetulkan copywriting supaya bisnes anda lebih power dan boleh lonjakkan jualan bisnes anda.

Kalau anda bersedia dan serius nak bantu perbaiki copywriting anda, SEGERA layari ke www.50kusahawan.com sekarang.

.
.
#4turbocopywriting
#roketcontent
#ormnajibasaddok

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !