fbpx
blog najib asaddok

Trend Marketing Berkuasa 2024

Trend Marketing Berkuasa 2024

Trend Marketing Berkuasa 2024

Siapa nak tahu trend marketing berkuasa 2024 di seluruh dunia? Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2024.

Adakah cara nak buat marketing pada 2024 masih sama dengan 2023?

Untuk tahun 2024, anda sebagai peniaga atau “marketers” kena faham perubahan dalam marketing dari segi teknologi macam AI. Antara sebabnya trend ni adalah peluang untuk bina strategi marketing yang efektif dan relevan pada tahun 2024. 

 

Ada 3 trend marketing saya nak anda semua fokuskan. Saya percaya benda ni boleh bantu anda untuk tambah value dalam perniagaan. 

 

UGC

 

1. User-Generated Content (UGC)

Untuk lebih penjelasan, User Generated Content (UGC) ni adalah  “original content” dari pengguna atau pelanggan buat dan dimuat naik di internet. UGC ni power tau untuk menaikkan nama brand.

Antara contoh UGC ialah penulisan di blogspot, podcasts, testimoni pelanggan di sosial media dalam bentuk video dan gambar.

Cara nak buat UGC untuk menaikkan nama brand:

  1. Buat pertandingan atau cabaran dengan guna hashtag, tema dan format (video/gambar) tertentu.
  2. Sediakan hadiah untuk penyertaan yang menarik dan terbaik.
  3. Jika ada bajet lebih, boleh berkolaborasi dengan influencers lebih 100 ribu followers atau yang relevan untuk promosikan kempen marketing. Seterusnya, tambah bilangan pengguna join buat content “feedback”.

 

Faham setakat ni?

 

Video Marketing

 

2. Video Marketing

Trend Marketing kedua yang saya nak bagitau, Video Marketing. Antaranya, video pendek, sesi soal jawab di live dan video interactive macam buat tutorial.

Video marketing dapat sampaikan mesej dan maklumat dengan lebih jelas kepada pelanggan. Ada 3 perkara anda kena tahu tentang video marketing. Boleh rujuk link di bawah:

  1. 5 Platform Video Marketing
  2. 3 Cara Nak Buat Video Marketing
  3. 3 Kelebihan Video Marketing 

 

Buat “content strategy” yang berbaloi untuk viewers kongsi dan bercakap sesama mereka. Benda ni penting dalam “video marketing”.

 

Trend Marketing 2024: Social Commerce

 

3. Social Commerce

Yang terakhir adalah Social Commerce. Sekarang media sosial dah jadi kebiasaan dalam dunia jual beli. Sebelum ini, ada 3 platform media sosial saya sebutkan di Platform Apa yang Sesuai? iaitu, Facebook, TikTok dan Instagram. Semua ni memang dah ada untuk buat marketing. Jadi, apa beza dengan marketing 2023?

Menariknya pada tahun 2024, platform media sosial ini serupa medan pertempuran untuk tarik perhatian pelanggan dan berpotensi untuk tambah “traffic” secara organik dengan lebih banyak. Itu lah pentingnya untuk buat content yang berkualiti di media sosial.

Perbezaan yang saya nak cakap ialah anda masih ada peluang untuk tambah baik kualiti dan brand perniagaan supaya produk/servis lebih senang nak dicari. Guna feedback dan testimoni bagus dari pelanggan sebagai kredibiliti untuk orang lain lebih berminat dan percaya nak membeli.

 

Untuk keseluruhan, anda kena faham-faham kan dulu trend marketing saya sebutkan di atas ni sebelum masukkan dalam strategi marketing perniagaan. Dapat sesuatu?

Ok guys, cuba komen sikit apa yang anda faham tentang trend marketing 2024!

 

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

 

Rujukan

Patel, L. (2023, December 18). 10 Marketing Trends That Will Dominate In 2024. Forbes. Retrieved December 20, 2023, from https://www.forbes.com/sites/forbesbusinessdevelopmentcouncil/2023/12/18/10-marketing-trends-that-will-dominate-in-2024/ 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !