fbpx
blog najib asaddok

Nak tambah followers TikTok?

Nak tambah followers tiktok

Nak tambah followers TikTok? : 5 Tips Marketing di TikTok

Dah 2024 ni masih ada yang mencari cara nak tambah followers TikTok. Betul ke betul? Nak bina dari mula memang payah. 

Fahamkan dulu kenapa buat marketing di TikTok >>> Kenapa Buat Marketing Guna TikTok?

Kenapa nak tambah followers TikTok? “Ala beli jela kat Shopee tu tak sampai RM100 beli followers. Eh, jangan buat macam tu, rugi duit dan masa je. Betul ke followers tu termasuk dalam sasaran pelanggan anda?

Sebab tu la harini saya nak share 5 Tips Marketing di Tik Tok. 

 

Nak tambah followers tiktok

 

1. Gunakan hashtag yang betul

TikTok ni macam gabungan Instagram dan YouTube. Pengguna akan taip hashtag dalam carian untuk mencari video berdasarkan kata kunci. Jadinya, penting tau guna hashtag yang sesuai dengan video anda. 

Pastikan guna hashtag yang betul, Hashtag dapat bantu “TikTok users” jumpa video anda di FYP mereka. Macam carian perkataan kunci dalam SEO, kena tahu hashtag yang sesuai untuk video anda.

Contohnya, untuk akaun yang baru nak mula dan nak kumpul followers TikTok, boleh guna hashtag macam #Pejuangfollowers1K #TikTokNewbie. Asalkan kata kunci hashtag tu padan dengan tajuk dan konsep  video, peluang nak dapat viewers yang betul di TikTok tu tinggi.

 

Nak tambah followers tiktok

 

2. Collaboration dengan Influencers

Buat collab dengan influencer ni juga adalah cara terbaik untuk dapatkan lebih ramai pengikut dan tontonan kalau ada bajet untuk ini. Kuasa pengaruh di media sosial boleh bantu bisnes anda berkembang di TikTok.

 

Nak tambah followers tiktok

 

3. Gunakan Iklan Tik Tok

Untungnya, TikTok ada sistem pengiklanan yang boleh disesuaikan untuk promosikan bisnes anda. TikTok ada tiga jenis iklan:

  1. Takeover jenama: Untuk tingkatkan ranking SEO dan bawa trafik ke akaun Tik Tok anda, Gunakan iklan takeover jenama di TikTok. Anda boleh guna klip video pendek, GIF, dan imej yang akan hantar pengguna ke laman destinasi anda.
  2. Dalam-feed asli: Iklan dalam-feed asli adalah iklan tradisional yang boleh dilihat di semua media sosial. Boleh mula guna ni kalau nak cipta iklan ringkas dengan konten berkualiti dan CTA yang berkesan.
  3. Cabaran hashtag: Untuk konten yang seronok dan menarik perhatian, gunakan iklan cabaran hashtag untuk dapatkan audiens tertentu.

 

 

4. Buat Posting dengan Kerap

Berbeza dengan Instagram atau Facebook, di mana kalau posting banyak kali akan dianggap bosan. Kena konsisten buat posting di TikTok. Konten anda senang dilupakan dengan kandungan lain, jadi digalakkan buat konten 1-4 kali sehari.

 

 

5. Tentukan Masa nak buat Posting

Kena buat posting secara kerap tapi bila pulak masa yang sesuai? Anda boleh cari di Google “Suitable Time To Post on TikTok” macam di bawah ni.

 

tambah followers tiktok

Anda kena ingat juga, tak semua jenis perniagaan tu sama. Nak tak nak kena juga buat satu “experiment” supaya tau bila “audience” anda tengok content yang anda buat. Tak mengapa, ini juga satu proses yang anda boleh belajar dan telili tingkah laku serta minat pelanggan anda di TikTok ni.

 

Dapat sesuatu? 

 

Ada masa saya share lagi ya! Jumpa next week!

Dapatkan video tentang guna Chat GPT dengan harga RM17 je! >>>>> Video Chat GPT 

Ok guys, ada apa-apa soalan? Cuba kongsi apa azam tahun 2024 di ruangan komen di bawah ni!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !