fbpx
blog najib asaddok

Kenapa Buat Marketing Guna TikTok?

Kenapa Buat Marketing Guna TikTok

Kenapa Buat Marketing Guna TikTok? : 3 Fakta tentang TikTok Anda Perlu Tahu

 

Pernah terfikir nak buat marketing guna TikTok? Atau ada yang dah berjinak-jinak buat akaun perniagaan di Tik Tok?

Tujuan utama untuk buat marketing di media sosial ini adalah untuk ikut “Trend” terkini dan terbaru.

Nak dapatkan pelanggan yang tepat di TikTok ni macam menang cabutan bertuah. Senang ke senang?

 

Jadinya, kali ini saya nak kongsi 3 sebab kenapa buat marketing guna Tik Tok. 

 

 

1. Lebih 800 juta pengguna TikTok Seluruh Dunia

Banyak ke banyak pengguna Tik Tok ni? Setiap hari, 90% pengguna app ini akan luangkan masa dengan TikTok. “Ranking” TikTok  dengan pesaing sosial media lain iaitu Facebook dan Instagram sama level. 

Jadi tak perlu fikir lagi nak buat marketing guna Tik Tok ke tak. Walaupun realiti tak seindah yang disangka, bukan semua sasaran pelanggan anda. Jadi kena tentukan di mana bakal pelanggan tu. Faham ke faham?

 

 

Akan Bertambah Usia

 

2. Pengguna akan Bertambah Usia

Kelebihannya bila ramai orang muda guna TikTok, potensi pelanggan dari TikTok untuk membeli semula juga tinggi. Pengguna-pengguna ini akan bertambah usia.

Pengguna Tik Tok terdiri dari umur 18 tahun hingga 40 tahun yang sudah bekerja ada kewangan sendiri untuk membeli. Kalau anda tengok “Trend” sekarang di platform TikTok, golongan remaja dan dewasa muda “enjoy” tengok video pendek yang menghiburkan.

 

 

Kenapa Buat Marketing Guna TikTok

 

3. Kuasa Kreatif dan Idea Original

Berbeza dengan platform media sosial lain, TikTok ada kebebasan dan sangat mudah untuk digunakan. Anda boleh edit terus video dalam tu atau guna “template” sesuai.

Macam saya sebutkan dalam artikel ini >>> 3 Cara Nak Buat Video Marketing . Dalam ni ada tunjuk cara nak buat video untuk marketing, lebih-lebih lagi di platform TikTok.

 

Dapat sesuatu? Selain di Facebook dan Instagram, benda yang tengah “viral” sekarang ni juga banyak datang dari TikTok. Ada perniagaan di Malaysia jual “Kek Tapak Kuda”  viral  sampai boleh pengaruh netizen untuk bagi feedback di ruangan komen.

Ok guys, ada apa-apa soalan? Cuba kongsi apa azam tahun 2024 di ruangan komen di bawah ni!

 

Jika perlukan kami untuk bina marketing yang gempak, dapat perkhidmatan dari kami di link ini:  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

Rujukan:

https://www.oom.com.sg/tiktok-marketing-benefit-business-singapore/ 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !