fbpx
blog najib asaddok

Kenapa susah nak FYP?

Kenapa susah nak FYP? : 5 Perkara Perlu Elak untuk Marketing di TikTok

Kenapa susah nak FYP di platform TikTok? FYP ni adalah kata singkatan dari “For your page”. Di sinilah mulanya untuk orang yang menjual di Tik Tok atau sebagai affiliates TikTok, mesti ramai yang ada masalah susah nak FYP dan viral.

 

Apa pula Affiliates Tik Tok? Affiliates TikTok program ni untuk individu atau orang yang nak tambah pendapatan dengan promot barang-barang yang ada dijual di TikTok. Kalau “viewers” tekan link atau beg kuning untuk beli melalui video konten yang affiliates tu promosikan, mereka akan dapat komisen.

 

Sambung pula tajuk hari ini saya nak share tentang perkara yang perlu dielakkan bila nak buat marketing di TikTok.

 

Kenapa susah nak fyp

 

1. Jangan Terlalu nak menjual – “Hard Sell”

Untuk menjual, jangan jual. Ada sebab orang guna TikTok ni. Mereka nak content yang berbentuk hiburan.

Dekat TikTok ni macam buat karangan. Kena ada pendahuluan, maksudnya perkenalkan dulu apa manfaat perniagaan dan apa yang anda boleh selesaikan kalau jual produk/servis tu. 

Contoh, kalau jual sambal siap atau makanan vakum, anda dah selesaikan masalah untuk orang yang nak bawak bekalan makanan untuk travel. Simple ke simple?

Lepas dah ada pendahuluan, barulah masuk “isi karangan” macam “tekan beg kuning” untuk dapatkan produk tu.

Akhir sekali, “penutup karangan” bila pelanggan bagi feedback, review atau cadangan kepada produk tersebut. Semua ada “flow” bila buat marketing di TikTok.

Ini juga dinamakan “soft-selling”, tarik pelanggan bukan dengan memaksa.

Kalau anda nak tips untuk elakkan followers nampak anda terlalu menjual, anda boleh elakkan dengan hubungi pakar marketing kami di sini >>>  https://www.momentumdigital.com.my/dma/

 

Kenapa susah nak fyp

 

2. Buat konten yang Best

Seterusnya, jangan post benda bosan, tak trending atau tak kreatif di TikTok. Ramai tak tahu yang mereka buat ni sebenarnya salah besar.

Jadi apa yang bakal pelanggan mahu? Konten yang tak ada semangat boleh buat bakal pelanggan tak berminat dengan jenama kita.

Viewers hanya tidak akan bosan kalau konten tu kreatif serta bermanfaat dalam kehidupan seharian mereka atau orang dalam konten tu “good-looking”.

Pretty privilage masih ada sebab itu lah adanya “influencers” yang boleh bagi pengaruh kepada viewers untuk membeli.

Kalau bukan influencers, orang biasa-biasa yang “good-looking” atau perwatakan menghiburkan yang mudah diingati juga boleh buatkan konten tu best.

 

Kenapa susah nak fyp

 

3. Jangan Ulang “konten” yang sama

Ubah gaya “deliver content” dengan “konten” baru setiap minggu. Benda macam ni boleh buat viewers TikTok rasa terhibur. 

Kalau selalu post benda yang serupa je, mesti bosan kan? Sebab tu la kena buat konten yang bagi manfaat pada viewers.

Jangan selalu post konten tips je, cuba buat konten lain macam buat soal jawab. Apa yang viewers nak tahu, apa yang mereka tak puas hati, apa yang mereka suka.

Konten tips tu jangan terus tinggal. Buat juga secara berkala. Boleh ke boleh?

 

 

4. Tak guna “sound” di TikTok

Perkara keempat bila nak buat video di Tik Tok ni, anda kena kreatif. Guna “sound” yang sesuai dengan jenis konten.

Kadang-kadang kalau ada yang perasan, bila dah selalu “scroll” TikTok pada masa yang lama, mesti ada sound yang anda akan kerap dan berulang kali dengar.

Itulah sound yang TikTok sedang naikkan untuk FYP.

Anda rugi tau kalau tak “explore” dan guna “sound” yang orang ramai tengah guna. 

 

 

5. Tak ada sasaran pelanggan yang betul

Kunci kejayaan dalam marketing dan SEO adalah faham siapa sasaran pelanggan anda.

Apa itu SEO? bOLEH BACA SINI >>> 5 Peranan SEO 

Sebelum buat marketing di TikTok, kenal pasti sasaran pelanggan dan check kalau audiens kita ada di platform ni.

Cuba tengok sama ada kita tarik orang yang betul-betul minat dengan apa yang anda buat di TikTok.

 

Saya selalu ulang kepada anda semua konsisten dalam buat konten juga adalah asas dalam marketing.

Dapat sesuatu?

 

Ok guys, ada apa-apa soalan? Cuba komen apa yang anda nak tau tentang business dan marketing!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !