fbpx
blog najib asaddok

“Saya Duduk Dekat Belakang, Nampak Tuan Najib Kecil Jer Kat Depan”.

Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

Peniaga dan pengorbanan tak dapat nak dipisahkan. Setiap peniaga yang tekad nak bukak bisnes, pasti terselit pengorbanan yang dia dah lalui. Tak kira sama ada perkara tu pahit atau manis. 

Bagi Founder kepada Sahira Shop, Puan Isnaini Moin, suami nya banyak berkorban untuk bisnes yang dia jalankan. Lebih 15 tahun dia menceburi bidang fesyen dan kecantikan ni, bukan untung yang dia dapat tapi rugi dan hutang bertambah. 

Rugi masa, rugi duit dan rugi umur juga sebab segalanya tak menjadi. Kadang kadang sampai geram dekat diri sendiri kenapa orang lain boleh tapi dia tak boleh. Satu sikap yang bagus dalam diri Puan Isnaini, dia tak mudah mengalah. 

Walau seberapa banyak kali benda yang tak jadi dia buat, dia tetap tak putus asa. Bisnes tak jadi, dia tetap buat jer. Restock barang, bukak butik sampai lah barang yang ada berlambak dan tak jalan langsung. 

Dia rasa dia dah mengecewakan suaminya. Segala modal untuk berniaga semua nya datang dari suami. Sampai lah pada Disember 2019, dia minta izin dekat suami untuk join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM). Dia perlukan bimbingan dan guru yang tunjuk ajar dan beri jalan dalam bisnes. 

Masa dalam kelas RPM tu dia datang lambat. “Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”…. Tapi apa yang membuatkan dia tertarik untuk teruskan journey bersama Momentum ialah, dia mula nampak jalan dalam bisnes. Dia rasa sangat tertampar dengan kenyataan “bisnes dah lama tapi simpanan tak ada”.

Alhamdulilah dia dapat buktikan dekat suami yang dia boleh. Kalau dulu sales paling tinggi yang dia boleh buat hanya RM3000. Ni pon dah berhempas pulas sehabis baik. Dia bersyukur sangat dipertemukan dengan Momentum. Lepas join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) dari sales hanya RM3,000 sebulan naik mencecah RM60,000 sebulan. 

Dan sekarang setiap bulan Puan Isnaini mampu buat lebih dari RM180,000 sebulan. Antara pencapaian yang dia dah capai, dapat buka butik baru, cash flow semakin baik. Bukan tu sahaja, dari ada dua orang staff sahaja dulu sekarang dia dah ada 9 orang staff. 

Nak tahu apa benda betul yang dia buat? Puan Isnaini akui dia dan team selalu buat Facebook Live dan bagi value dekat pelanggan. 

Korang nak saya tunjukkan jalan dan cara yang betul dalam bisnes? Jom follow saya rapat di Facebook page Najib Asaddok. 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !