fbpx
blog najib asaddok

Kepala Otak Kita Punca Sales Tak Naik

Kepala otak kita punca sales tak naik 😱

Hari ni saya nak share topik tentang sales 2022 dan saya juga nak cakap tentang realiti sebenar punca sales susah nak naik. Bukan salah Facebook atau bukan salah pelanggan tak nak beli barang dan bukan salah harga barang naik. 

Saya dah lalui benda ni bertahun-tahun, kalau nak ikutkan tahun ni dah masuk tahun ke-18 saya buat bisnes. Jadi insyaAllah pengalaman ni saya nak share dengan korang.. 

Punca sebenar adalah minda, mindset atau bahasa senang faham kepala otak kita. Mindset kita ni sebenarnya ada perangkap yang menyebabkan bisnes apa pun yang kita buat tak akan menjadi. 

Boleh ke boleh korang izinkan saya terangkan apa perangkap-perangkap mindset dan bagaimana nak bebaskan diri kita untuk keluar daripada perangkap minda. Boleh?

Nombor satu adalah salah sangka atau ada mindset kurang bertanggungjawab. Most of the time bila kita buat silap, minda kita ni akan cari jalan untuk salahkan orang lain. Ini yang menyebabkan kita tak bertanggungjawab. 

Daripada kita sibuk tunding jari pada orang lain, lebih baik kita usaha perbaiki content, tukar tajuk yang best, buat contest atau bagi hadiah. Korang dapat sesuatu?

Jadi apa yang kita kena buat untuk atasi benda ni? Kita kena tengok balik apa pun yang berlaku kita kena bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, jangan kerja nak salahkan orang je. 

Nak saya share lebih lagi? Pastikan korang tonton video yang saya berikan ni sampai habis..

Saya dan Team Momentum serius nak bantu anda naikkan jualan bisnes. Jom dapatkan info dan maklumat lanjut mengenai bisnes online serta cara yang betul untuk tarik ramai pelanggan di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !