fbpx
blog najib asaddok

Ramai Kata Kami Pasangan Sejoli. Nak Tahu Rahsianya?

Ramai Kata Kami Pasangan Sejoli. Nak Tahu Rahsianya?

Tajuk hari ni santai je saya nak share dengan korang.. Hehe tapi santai-santai saya pun insyaAllah saya akan kaitkan sekali dengan rumahtangga dan bisnes. Korang ready ke ready ni?

Nak katakan saya dan pasangan tak pernah  bergaduh ke? Kami memang jarang bergaduh tapi tak ada 100% perfect sebab ada juga tergigit lidah, terasa hati, sentap dan sebagainya. 

Hidup kita ni sebenarnya proses untuk kita belajar termasuk lah dalam rumahtangga kita belajar lebih banyak sebab nak mempertahankan sesuatu rumahtangga ni tak semudah yang kita kata “sabar sabar sabar dan sabar”.

Kalau orang tanya saya apakah benda yang paling mahal dalam bisnes? Korang nak ke nak tahu? Benda paling mahal adalah emosi yang baik, stabil, tenang dan boleh buat kerja dengan lancar. 

How to control emotion? Semua tu bermula dari rumah.. Kalau dekat rumah hubungan kita dengan mak ayah okay Alhamdulillah, terutama sekali hubungan dengan pasangan kita bagus. InsyaAllah, bisnes boleh berjalan dengan lancar.

Ingat ya, hati kita yang memandu atau salah satu unit processing yang akan connected dengan kepala otak. Bila hati tenang insyaAllah strategi marketing kita pun akan jadi betul. 

Caranya banyak istighfar, jaga solat dan bersabar. Cer korang try cara ni, korang akan nampak perubahan yang berlaku dalam hidup dan bisnes..

Nak saya share lebih lagi? Saya teruskan next point dalam video Sarapan Minda Momentum ni..

Saya dan Team Momentum serius nak bantu anda naikkan jualan bisnes. Jom dapatkan info dan maklumat lanjut mengenai bisnes online serta cara yang betul untuk tarik ramai pelanggan di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !