“Baru saya tahu rupanya…”

“Baru saya tahu rupanya…”

Saya ni suka baca kisah inspirasi lagi-lagi mereka yang berada dalam Ultimate Circle saya, sebab nak naikkan semangat dan terus berjuang bantu mereka ni. Tapi kali ni lain sikit.

Ada sini yang kenal Puan Diana Dyan?

Haa macam ni ceritanya. Beliau ni dah 3 tahun dibimbing dengan saya secara rapat dalam Ultimate Circle. Maklumlah bila duduk untuk sesi coaching, tak pernah tanya dulu macam mana. Kalau ada pun, tak cerita sepenuhnya.

Baru-baru ni Team Momentum ada pergi terjah Puan Dyan di Kota Kinabalu, Sabah. Jadi, semasa sesi tu, sempat mereka ni rakam kisah-kisah Puan Dyan.

Rupanya ada benda yang saya baru tahu. Puan Dyan ni, beliau seorang suri rumah yang ditinggalkan suami dalam keadaan yang tiada apa-apa.

Sehinggakan terpaksa pusing satu rumah cari syiling semata-mata nak beli susu anak.

Ya Allah. Tak boleh bayangkanlah macam mana keadaan masa tu. Mesti rasa sedih dan bimbang, sebab nak besarkan anak-anak yang masih kecil.

Lepas tu, dengan keadaan yang sangat mencabar tu, beliau mulakan perniagaan sebagai Dropship je dulu.

Berniaga dropship kan tak perlu modal. Jadi, apa yang berlaku adalah Puan Dyan ni cakap, dia ternampak saya dekat media sosial terus nak masuk kelas. Kawan-kawan dia pun ajak sekali.

Lepas datang kelas saya tu, dia tak percaya dengan apa saya ajar tapi dia buat je dengan apa yang saya ajar dalam kelas.

Hasilnya, daripada Dropship sekarang Puan Dyan dah menjadi salah seorang wakil utama untuk bengkung jenama Sara Anna di Sabah.

Lagi pulak tu sekarang beliau dah ada ramai team, dan peluang pekerjaan juga diberikan oleh Puan Dyan.

Betul-betul kuat Puan Dyan ni dan kejayaan dia dapat sekarang memang layak untuk dia. Kita sama-sama doakan ya bisnes Puan Dyan konsisten bantu ramai orang termasuk team beliau.

Baru saya tahu rupanya 1

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jangan risau, jalannya dah ada untuk anda tarik ribuan pelanggan.

Sekarang kan dah ada media sosial, tak perlu dah nak berdiri print banyak-banyak flyers lepas tu bagi pada orang. Ada yang buang, ada yang tak layan.

Takpe, jumpa saya nanti dan saya tunjukkan pada anda cara nak tarik pelanggan dan buat mereka beli berulang kali. Saya bagi buku untuk buat rujukan secara PERCUMA.

Saya akan adakan dua kali sesi kelas online dan dua kelas offline di Johor Bahru dan Shah Alam, jadi anda hanya perlu pilih dan daftar untuk lokasi terdekat di www.momentumbisnes.com

Rugilah kalau sekarang tak gunakan media sosial dengan betul. Orang lain dah buat dan dapat sales dah. Jumpa nanti ya.

#ultimatehero

#ORMnajibasaddok

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !