Anak Penjual Nasi Lemak yang Terpaksa kuburkan Impian Demi Keluarga
Saya rasa terpanggil untuk bercerita tentang Puan Anis Sakina ni. Baru-baru ni dia baru je melahirkan cahaya mata. Tahniah di atas kelahiran baby nya Puan Anis.
Nasib dia sama dengan saya, seorang anak yatim. Yang buatkan saya kagum dengan kesungguhan dia, dia buat apa je untuk bahagiakan keluarga.
Dulu, sejak bangku sekolah lagi dia rajin bantu mak abah niaga nasi lemak. Tapi sayang sangat bila bisnes nasi lemak ni tak bertahan lama sejak mak nya disahkan menghidap sakit kanser paru-paru tahap 3.
Sebagai anak sulung dari 3 beradik, Puan Anis rasa bertanggungjawab untuk bantu abah dan adik beradik yang lain selepas kehilangan mak tersayang.
‘Anak penjual nasi lemak’ ni berkelulusan diploma teknologi maklumat perubatan.. Hebat kan? Tapi dia kuburkan impian dan kerjaya demi keluarga. Dia nekad untuk majukan bisnes keluarga dalam bidang construction.
Kami daripada Team Momentum tumpang gembira di atas pencapaian Puan Anis ni dan turut terinpirasi apabila dia berkongsi rahsia berjaya dalam bisnes. Antaranya:
- Turunkan EGO untuk cari ILMU marketing dan GURU yang boleh bantu dalam bisnes.
- Betulkan MINDSET untuk bantu lebih ramai pelanggan.
- Belajar teknik Facebook Ads yang betul dan STOP buat boost post
- Utamakan keluarga supaya mendapat keberkatan hidup.
- Kembangkan lagi bisnes dengan tambah TEAM.
Tahniah Puan Anis!
#ultimatehero
#ORMnajibasaddok