fbpx
blog najib asaddok

Baru nak onlinekan bisnes? Mulakan dengan step ni

Baru Nak Onlinekan Bisnes.. Mulakan dengan step ni..

Saya perasan ramai yang baru nak mulakan bisnes. Ada yang dah lama bisnes, tapi baru nak online. Ramai yang tanya saya, apa yang perlu mereka buat?

Saya terima banyak dari PM dan DM, apa yang diorang kena buat? Apa step yang betul?

Sebab saya tahu, selagi boleh jimat. Kita akan jimat untuk buat marketing. Selagi kita perlu cut kos, kita cut kos.. Betul ke betul?

Ni saya nak bantu anda yang masih keliru, tak faham dan tak tahu nak mula dari mana untuk onlinekan bisnes.

Follow sampai habis tau!

Baru nak onlinekan bisnes? Mulakan dengan step ni

1. Kena ada nama bisnes

First sekali, by hook or by crook, anda tetap kena ada nama bisnes. Walaupun anda hanya sekadar Stokis, hanya sekadar Ejen. Anda perlu ada nama sendiri.

Sama macam ic, semua wajib ada IC sebagai identiti diri.

Please, untuk nama bisnes. Jangan guna nama produk. JANGAN guna nama yang orang selalu guna. Tapi wujudkan nama produk sendiri.

Baru nak onlinekan bisnes? Mulakan dengan step ni

2. Buka kedai online

Buka kedai online guna platform yang dah disediakan. Terpulang pada anda semua. Saya tahu sekarang platform media sosial dah banyak. Kebanyakannya semua PERCUMA. Anda boleh pilih yang mana satu korang nak guna.

Untuk Facebook, anda kena guna Facebook Page. Itu platform yang paling sesuai untuk anda buat bisnes.

Boleh tengok ni ye -> Cara Setup Facebook Page

Baru nak onlinekan bisnes? Mulakan dengan step ni

3. Buat marketing

Sebenarnya, marketing adalah jantung dalam bisnes. Kalau tak buat marketing, alamatnya memang orang tak kenal jenama kita. Orang tak tahu yang kita ni wujud. Even orang sebelah rumah pun tak tahu yang kita ni buat bisnes. Bukan bisnes ni kalau rahsia..

Marketing zaman moden ni adalah dengan  bisnes online. Ramai yang mula bergantung dengan bisnes online.. Nak beli ikan pun secara online. Takkan kita masih nak guna cara lama?

Kita kena tahu cara onlinekan bisnes.

4. Buat pelanggan suka dan datang dekat

Ni paling penting, sebab selalu orang tak sedar. Ramai yang lupa untuk bina hubungan dulu.. Buat orang suka dan datang dekat dengan kita.

Selalu saya nampak, peniaga spam dekat personal Facebook, spam dekat live orang lain. Spam dekat komen dan group.

Yang salahnya, bila kita spam fakta produk. Jual, jual dan terus jual. Anda suka ke bila orang datang dekat dan jual dengan korang?

Sedangkan dekat kedai makan, penjual tisu datang dekat pun ada yang cuba elak.. Apatah lagi secara alam maya ni.. Confirm orang terus scroll.

Kita kena give value, bagi tips kepada followers/pelanggan.

5. Buat orang percaya

Last sekali, anda kena buat orang percaya pada kita. Bina brand dan pastikan orang tak ragu-ragu untuk gunakan produk/servis kita.

Dalam bisnes online ni, perkara paling penting adalah testimoni. Testimoni ni adalah result dari pelanggan. Experience pelanggan. Atau kata nama lain, feedback pelanggan.

Tu semua penting dan kita perlu buat posting dari feedback pelanggan untuk yakinkan orang yang baru first time nak jadi pelanggan kita.

Sebenarnya banyak yang saya nak kongsikan dengan anda semua.. Sentiasa follow dan dapatkan info kelas di www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !