fbpx
blog najib asaddok

5 Tips Closing Yang Buatkan Ejen Tak Menang Tangan Layan Customer

Tips Closing Yang Buat Agen Tak Menang Tangan Layan Customer

Jual produk orang pun boleh dapat sales yang tinggi asalkan korang tahu teknik closing yang betul. Siapa dekat sini Ejen atau stokis produk? Buat masa ni sales korang ok atau tersekat pada takat tu je?

Sebagai Ejen produk, tugas korang amat penting untuk pastikan produk HQ terjual dengan jayanya. Percaya ke percaya ramai ejen dan stokis sekarang mampu jana sales yang tinggi walaupun jual produk orang je. Nak tahu apa rahsia mereka?

Teknik dan cara closing yang betul membuatkan prospek dan bakal pelanggan berminat dan berebut-rebut nak beli produk yang kita jual. Tapi tak ramai yang tahu teknik ni. Kebanyakan ejen tak mampu nak buat closing sehingga menyebabkan sales krik-krik je. 

Pernah kena situasi macam ni, “nanti saya tanya husband dulu”, “kalau nak saya PM semula” dan macam-macam alasan lagi. Mesti sedih dan kecewa kan. Sebab tu pentingnya kita tahu teknik closing ni untuk buat pelanggan kata “Yes” tanpa ragu-ragu.

Jadi, apa teknik closing yang membuatkan ejen tak menang tangan nak layan customer ni?

1.       Jangan gelojoh

Kebanyakan ejen gelojoh apabila ramai “potential customer” yang PM berminat tentang poduk yang dijual. Jangan terus cakap “Cik nak beli produk apa?”. Sebaliknya ucap salam dan tanya nama mereka dahulu. Contohnya, “Boleh kenalkan nama?”. 

Teruskan dengan perkenalkan diri korang pula. Sesekali sebut nama dia dalam perbualan kerana teknik ni mampu buat bakal pelanggan rasa selesa untuk meneruskan perbualan. Tanya apa masalah yang mereka hadapi dan jadi pendengar yang baik.

2.       Jangan biarkan pembeli kata “Tidak”

Jangan buat pembeli decide apa yang patut dia pilih. Kadang-kadang pembeli pon taktahu apa yang patut mereka pilih dan sesuai dengan mereka. Sebaliknya kita sebagai ejen dan seller yang bantu mereka untuk buat pilihan.

Contohnya, “Tuan nak warna hijau atau biru?”. Nanti dia kan decide nak beli yang mana satu tanpa perlu berfikir panjang. Teknik ni boleh digunakan apabila kita dah yakinkan pembeli tentang value yang kita bagi.

3.       Now or Never

Buat bakal pelanggan rasa yang mereka akan rugi kalau tak grab produk anda sekarang. Biasanya bakal pelanggan suka menunda pembelian dengan alasan “nanti saya tengok dulu” atau pon paling perit dia bluetick je. Hmmm.

Now or never ni salah satu tips yang boleh ejen gunakan sekaligus membeli dan melakukan proses transfer pada hari tu juga. Macam mana tu? Dengan cara berikan diskaun dan harga special. 

Kalau dia tak buat tindakan segera, mereka akan rugi dan tak dapat lagi diskaun seperti yang dijanjikan. Dengan cara ni akan buat pelanggan terus buat tindakan tanpa perlu berfikir panjang. 

4.       Mudahkan kerja

Kadang-kadang terdapat segelintir customer yang memang taktahu langsung nak guna online banking atau order di website.

Kita perlu mudahkan kerja pelanggan yang nak membeli dengan meletakkan nombor telefon yang boleh dihubungi. Bantu mereka daripada permulaan proses hingga proses pembelian yang terakhir.

Mereka akan rasa yang kita memudahkan kerja dan membuatkan mereka puas hati dengan servis yang kita berikan. Semakin ramai customer yang kita layan sebegini, semakin ramai juga customer yang akan repeat order pada masa akan datang.

5.       Follow up

Ejen juga boleh follow up customer yang dah buat pembelian sebelum ni untuk tahu apa feedback yang diberikan setelah menggunakan produk. Dari sini kita boleh tahu sama ada produk tu ok atau tidak dan boleh buat improvement.

Selain tu, mana-mana customer yang pernah contact kita dan belum pernah buat pembelian, kita boleh hubungi semula dan nyatakan apa promosi yang kita buat.

Nampak macam mudah je kan. Tapi tips ni selalu sangat diabaikan oleh ejen untuk buat closing. Banyak ke banyak ilmu yang korang dapat. Anda nak lebih lagi?

 

Apa kata anda masuk ke dalam waiting list kami, supaya anda diberi keutamaan untuk mendapat:

Info Kelas RPM Tarik 10X Lebih Ramai Pelanggan dengan tajaan yang bernilai RM10,000.

Anda juga akan mendapat sesi Kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA) yang bernilai RM499 secara percuma.

E-Book PERCUMA untuk Capai RM10,000 Pertama Guna Facebook dan Video Panduan Setup Page Facebook & Like Marketing.

Ala senang jer, pergi ke link yang saya berikan ni dan masukkan Nama, Emel & No tel anda. Sentiasa semak emel yang saya berikan tau. Takut terlepas info dari kami. Kami nak buka tajaan ni hanya kepada 10,000 usahawan yang terawal sahaja.

Klik link ini —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !