fbpx
blog najib asaddok

5 Penyebab Kenapa Pelanggan Jatuh Hati Dengan Bisnes Korang

5 Penyebab Kenapa Pelanggan Jatuh Hati Dengan Bisnes Korang

Korang pernah terfikir tak apa sebenarnya pelanggan korang suka dengan bisnes korang?

Atau korang tak kisah pun tentang tu asalkan sales masuk?? 

Korang sepatutnya kena tahu apa kehendak pelanggan, kenapa dia suka dengan produk/ servis yang korang berikan. Baru mudah untuk pelanggan beli berkali-kali dengan korang..

Haa, korang nak tahu apa perkara yang buat pelanggan suka dengan bisnes korang?? 

Teruskan baca sampai habis..

1. Penuhi citarasa pelanggan

– Antara sebab pelanggan beli berkali-kali dengan korang.. Mungkin sebab apa yang pelanggan tu nak ada pada bisnes korang.

Sebab tu korang kena buat analisis pelanggan, tanya dia sebab apa dia beli, berpuas hati ke tak.

Dari situ korang boleh capture apa sebenarnya pelanggan perlukan. 

2. Dapat selesaikan masalah

– Pelanggan lagi suka guna bila produk/servis korang tu dapat selesaikan masalah dia. 

Contoh macam anda buat servis cleaning… pelanggan suka dengan perkhidmatan yang anda buat sebab rumah dia lebih bersih, kemas dan fresh lebih-lebih lagi buat suami dan anak dia pun suka dengan suasana rumah tu rasa lebih tenang.

 

So, anda kena tahu bisnes korang tu dapat selesaikan masalah apa…

3. Harga yang berbaloi dengan nilai

– Harga dan pakej yang ditawarkan tu mestilah berbaloi dengan nilai yang korang berikan. 

Janganlah demand harga tinggi tapi tak ada value yang pelanggan rasa berbaloi diaorang nak grab.

Baik-baik dia nak beli tapi tengok harga rasa mak ai cekik darah dia dibuatnya, terus tak jadi. Jangan sampai jadi macam tu tau..

4. Kualiti baik dan bagus

– Haa, ni related dengan point ketiga. Pelanggan mana ada nak yang biasa-biasa punya kualiti. Mereka ni demand juga..

Pelanggan takkan beli kalau produk/servis korang tu langsung takda kualiti. 

Sebab tu pentingnya result atau testimoni untuk buat pelanggan tu lebih yakin dengan bisnes korang.

5. Respon yang cepat

Anda jangan biarkan pelanggan tu tunggu korang. Nak reply pun sampai berhari-hari dia tunggu. 

Kalau macam tu anda sendiri buat pelanggan lari kepada pesaing korang yang bertindak lebih cepat dari korang.

Fast action, fast result. Slow action, no result. Korang kena ingat tu…

Okay, korang dapat sesuatu?? Dah faham apa yang korang perlu buat?? 

Korang nak ilmu lagi?? Boleh!  

Jom belajar di Kelas Onlinekan Bisnes Anda. FREE jer kelas ni.. Dapatkan link di website www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !