fbpx
blog najib asaddok

5 Cara Macam Mana Nak Up-Kan Semangat Ejen Untuk Bantu Mereka Nak Buat Sales.

Tips Agen

Ada tak anda sebagai seorang stokis atau founder ada ejen-ejen yang memang down teruk semangat dan sales mereka pun tak naik-naik. Anda dah cuba banyak benda untuk nak bantu mereka tapi still anda jumpa jalan yang buntu.  Anda pun tak tau apa  nak buat.

Jangan risau, ni saya belanja beberapa tips kat sini untuk nak UP-kan semangat ejen-ejen anda.

1.Hargai dan akui prestasi ejen

Setiap orang mahu dihargai dan diakui sumbangan mereka untuk sesuatu yang telah mereka lakukan; tidak kira sama ada untuk kerja atau pencapaian peribadi. 

Pengakuan terhadap sumbangan yang diberi oleh ejen  dengan baik dari anda akan lebih bermakna bagi ejen anda daripada yang anda fikirkan dan ini boleh naikkan lagi semangat mereka untuk nak perform dengan lebih baik lagi.

2. Memberi Ganjaran Kepada Ejen.

Ganjaran ni mampu menarik minat ejen dan ia pasti akan lebih berkesan untuk nak UP-kan semangat ejen anda. 

Ia boleh buat ejen  gembira dan merangsang mereka untuk terus bersemangat dan PERFORM dalam buat sales. 

3. Galakkan Persaingan Yang Mesra.

Apabila kita memberi ganjaran pada ejen-ejen yang perform kaw2. Ejen-ejen yang lain ni memang akan rasa tercabar sikit. Mereka pun akan nak rasa ganjaran tu betul ker betul.

Jadi akan wujud persaingan dalam kalangan team ejen anda. Anda galakkan persaingan itu. Ia akan nak UP-kan semangat mereka untuk nak perform dan juga naikkan sales mereka untuk nak dan juga jaga batasannya supaya tak ada apa jenis salah faham antara ejen-ejen kamu. Boleh ker boleh.

4. Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh Yang Terbaik.

Sifat kepimpinan tu WAJIB kena ada dalam diri anda sebagai seorang founder. Anda jadikan diri anda  sebagai contoh untuk ejen-ejen anda nak follow anda.  

Anda buat sales bersama-sama dengan ejen-ejen anda. Anda tunjukkan cara yang betul,bimbing dan beri semangat kat mereka. .Dengan berbuat demikian, ia dapat memberi kesan yang bermakna pada mentaliti ejen anda. 

Pemimpin memberi contoh pemikiran positif, pekerja akan mengikuti dan keseluruhan budaya kerja akan menjadi lebih memotivasi.

5. Galakkan Kreativiti.

Kreativiti ni tak semestinya dalam cara mereka buat sales. Anda boleh galakkan kreativiti dalam kalangan ejen anda dari aspek pemberian idea dalam meeting atau retreat atau juga dalam aktiviti team building.

Perkara ini akan buat mereka rasa dihargai dan akan juga naikkan semangat mereka untuk nak perform dengan lebih baik lagi. Faham ker faham. Bendanya simple jer, anda hargai mereka dan berikan mereka semangat kat mereka.

Apa kata luangkan masa untuk upgrade ilmu dalam Kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA). Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !