fbpx
blog najib asaddok

5 Rahsia Untuk Buat Pelanggan Terus Respon Pada Posting Anda

5 Rahsia Untuk Buat Pelanggan Terus Respon Pada Posting Anda

Berniaga memang seronok tapi berapa ramai usahawan yang mampu bertahan dan komited untuk kekalkan momentum dalam bisnes? Anda rasa seronok ke bila bisnes yang anda usahakan selama ni langsung tak berhasil? Anda puas hati ke bila bisnes anda macam tak wujud di mata orang ramai?

Ada tak kenal usahawan yang masih “Slow and Steady”, rasa cukup lah dengan apa yang ada dan cukup hanya sekadar buat sahaja selebihnya bergantung kepada rezeki yang ditentukan. Sebenarnya usahawan dah buat SILAP besar sebab anda kena ingat rezeki akan datang bila anda berusaha keras. Siapa buat lebih pasti akan dapat lebih, bukan hanya sekadar goyang kaki atas kerusi.

Masalah utama usahawan adalah produk dan servis dah bagus tetapi usahawan tak gunakan teknik jurus yang betul untuk buatkan pelanggan tertarik baca posting anda sampai habis,  kalau ada pun datang sekadar singgah cuci mata je kemudian mereka akan terus cabut lari. Usahawan perlu ingat pelanggan ada kuasa “membeli” yang sangat kuat. Kalau posting anda lemau, membosankan, tidak ada daya tarikan yang kuat memang sampai bila-bila anda akan ketinggalan dalam pasaran dan pesaing.

Sampai bila usahawan nak terus guna cara kuno dan 80-an dalam pemasaran sebab anda akan ketinggalan jauh kalau guna cara lama. Kalau anda nak ada peningkatan dalam diri lepas ni dan nak berjaya menawan hati pelanggan. Anda WAJIB untuk teruskan baca sampai habis mengenai “5 Rahsia Untuk Buat Pelanggan Terus Respon Pada Posting Anda”.

  1. Bilangan Follower Yang Ramai

Ramai orang tak sedar bahawa bila ramai fans maka potensi untuk tukarkan menjadi bakal pelanggan juga tinggi sebab kunci kejayaan dalam bisnes adalah orang tahu kewujudan bisnes, suka, kenal dan percaya dengan anda punya brand.

First rule dalam Facebook marketing adalah usahawan tarik fans daripada lautan besar masuk ke dalam kolam anda sendiri sebab bila fans dah masuk dalam kolam anda maka lebih senang untuk anda nak yakinkan dia. Jadi potensi untuk follower di Facebook page memberi respon pada posting anda juga akan tinggi.

2. Headline Menarik Perhatian Pelanggan

Ramai owner bisnes yang sibuk buat benda yang tak berkesan contohnya syok sendiri buat teknikal Facebook Ads padahal cara yang paling berkesan untuk berkomunikasi, sampaikan mesej dan tarik pelanggan untuk stay dan baca posting anda sampai habis adalah melalui HEADLINE.

Headline yang bagus dan power adalah headline yang mampu menarik perhatian orang dan sentap hati mereka dengan persoalan serta keinginan yang tinggi kenapa mereka perlu teruskan baca. Biarkan mereka tertanya-tanya dan ambil keputusan untuk respon kepada posting anda.  

3. Cara “Call To Action” Yang Betul Dan Jelas

Ayat dah power tapi bila kena dengan teknik “Call To Action” yang betul maka lagi meletup lah bisnes dan sale anda. CTA anda akan jadi lebih berkesan bila anda selitkan “urgency” contohnya “Pendaftaran terhad dan hampir tutup” atau “Siapa cepat dia dapat” untuk buat pelanggan terus nak rebut produk anda tanpa berfikir dua tiga kali.

Sebelum anda menulis atau buat CTA, anda perlu bayangkan ibarat anda sedang berbual dengan kawan anda supaya pelanggan rasa lebih selesa dan yakin untuk terus klik link CTA yang anda berikan.

4. Faham Masalah Pelanggan

Ramai usahawan sebenarnya tak tau apa masalah pelanggan dan apa solusi terbaik yang mereka boleh berikan kepada pelanggan. Apa yang usahawan tahu adalah gelojoh nak menjual barang sampai apa yang anda tulis tu jadi tak best dan membosankan.

Manusia lebih suka bila ada orang ambil berat dan berikan nasihat kepada masalah yang mereka hadapi. Jadi kalau usahawan tukar cara menulis daripada sibuk nak menjual kepada apa yang anda boleh bantu. Sudah tentu pelanggan akan kejar anda dan mereka tak berfikir banyak kali untuk respon pada posting anda.

5. Ayat Copywriting Yang Power Dan Beremosi

Isu terbesar usahawan adalah lemah dalam menulis ayat copywriting yang padat, simple dan mampu menarik perhatian orang ramai menyebabkan bisnes mereka terus tenggelam ke dasar laut. Produk dah bagus tapi tak boleh nak jual sebab usahawan tak boleh nak yakinkan pelanggan.

Ayat copywriting yang berkesan sepatutnya ada sentuhan emosi serta elemen yang fokus kepada apa masalah pelanggan dan apa jalan penyelesaian yang anda boleh berikan. Baru lah pelanggan tertarik dan berminat untuk baca posting anda sampai habis. Faham ke faham ni?

Kebanyakan usahawan pandai menulis tetapi tidak mampu menulis ayat copywriting yang mampu menyentuh hati pelanggan. Anda perlu tahu bahawa copywriting bukan satu bakat terpendam dalam diri tetapi teknik copywriting ni boleh di asah sampai berkilat kalau anda konsisten nak upgrade ilmu dan pergi belajar.

Nak ke nak saya bantu ajar korang cara, tips dan teknik yang betul dalam Kelas OBA yang saya nak buat ni? Kelas ni dah banyak membantu student kita untuk onlinekan bisnes mereka sehingga dapat menghasilkan result-result yang dahsyat, dan paling penting anda tahu apa teknik dan strategi dalam online bisnes.

Apa kata luangkan masa untuk upgrade ilmu bisnes dan marketing anda dalam kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA).  Kelas online yang akan dibuat pada 9 Januari 2021. Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !