fbpx
blog najib asaddok

5 Langkah PENTING Dalam Marketing Funnel WAJIB Usahawan Kuasai

Salam

Hari ni saya nak kongsikan 5 langkah penting yang usahawan perlu tahu dan kuasai dalam satu proses yang kita panggil Marketing Funnel atau corong pemasaran. Dalam bisnes anda perlu tahu proses ni. Ramai usahawan baru yang terlibat bisnes yang GAGAL memahami yang dalam bisnes untuk hasilkan jualan ada PROSES nya. Bukan terus nak menjual sebab anda akan kecewa sales tak masuk-masuk.

MARKETINGFUNNEL corongpemasaran

Jadi ada 5 proses yang anda perlu tahu & fahami terlebih dahulu

Langkah #1 AWARENESS

Psikologi manusia ni mereka membeli kerana BRAND atau jenama. Langkah pertama anda perlu buat ialah anda perlu ada jenama sendiri walaupun anda cuma menjual produk orang lain. Saya nak beri contoh beberapa company besar di Malaysia yang menjual produk orang lain pun mempunyai jenama mereka sendiri. Contohnya Watson, Guardian, AEON, Tesco, Giant, Econsave dan ada banyak lagi.

brandawareness

Mereka tak keluarkan produk sendiri tetapi mempunyai jenama sendiri. Dalam konteks online marketing, anda akan gunakan jenama ni untuk nama fanpage fesbuk dan minisite anda. Anda perlu tarik perhatian audiens untuk kenal jenama yang anda dah cipta nanti. Pastikan bakal pelanggan anda sentiasa nampak BRAND anda melalui teknik BRAND AWARENESS yang saya pernah share dulu.

Iklan anda perlu keluar berulang kali sehingga bakal pelanggan anda akan ingat jenama anda, produk yang anda keluarkan & menimbulkan minat mereka untuk mendapatkan produk/servis anda. Setakat ni teknik brand awareness menggunakan fesbuk ads sangat rendah kosnya tetapi high impact. Proses ni memang mengambil masa mungkin 1-2 bulan, sales masih slow pada tahap ni tetapi akan mula booomm selepas itu. Don’t worry kata orang kampung saya 🙂

Langkah #2 CONSIDERATION

Bakal pelanggan akan mula membuat keputusan untuk membeli selepas mereka tahu dan ingat jenama anda dan pada langkah ini anda hanya perlu tingkat KEPERLUAN mereka untuk mendapatkan produk anda. Harga bukan masalah pada bakal pelanggan bila anda berjaya mewujudkan keperluan.

Jadi bagaimana nak memastikan mereka buat keputusan untuk membeli?

testimonials

Gunakan testimoni, bukti atau hasil yang bakal mereka dapat setelah menggunakan produk/servis anda. Kumpul segala testimoni yang anda ada untuk dijadikan bahan pemasaran dan teknik ni memang cukup terbukti dalam pemasaran. Anda boleh bina satu album dalam fesbuk page anda di mana anda letakkan kesemua testimoni produk/servis anda di situ. Saya pun ada buat satu album untuk testimoni client saya. Boleh tengok di sini

Teknik ni juga dipanggil sebagai PROVEN RESULT..

Langkah #3 CONVERSION

Marketing Funnel Increase-Conversion-Rate

Langkah Marketing Funnel ni pelanggan dah buat keputusan untuk membeli setelah mereka selesai pada langkah 1 & 2 tadi. Di sini anda boleh track berapa peratus Conversion Rate anda. Bukan semua pelanggan yang click iklan anda akan membeli tetapi ada certain percent. Biasanya dalam pemasaran online conversion yang biasa adalah 2%. Kalau ada 100 orang click iklan anda, hanya 2 orang biasanya akan membeli. Tetapi anda boleh meningkatkan conversion dengan beberapa cara

  • Guna gambar yang menarik
  • Pastikan ayat copywriting memukau EMOSI pelanggan
  • Guna teknik Web Custom Audience dalam fesbuk ads marketing. Lain kali saya share

Langkah #4 LOYALTY

Inilah kunci KEJAYAAN sesuatu bisnes bila anda berjaya membina pelanggan setia Mereka bukan sahaja akan membeli produk anda sekali tetapi earn-customer-loyaltyberulang kali. Barulah bisnes anda tidak bergantung sepenuhnya pada pelanggan baru sahaja. Sales anda akan menjadi lebih KONSISTEN serta kos pemasaran anda akan semakin kecil. Ada  pepatah sales kata, ‘Lebih mudah menjual pada orang yang dah pernah membeli dari anda, daripada orang yang belum pernah’. Sebab apa?

Marketing Funnel : kepercayaantrust

Sebab mereka dah ada TRUST atau kepercayaan kepada anda. Kan RUGI besar bila anda mengabaikan mereka. Jadi apa langkah yang anda perlu buat?

  • Jaga kualiti produk/servis anda
  • Follow up pelanggan & tanya apa pengalaman best mereka guna produk anda
  • Simpan database mereka guna teknik emel. Saya ada ajar nanti dalam seminar ROKET EMEL

Bisnes anda akan drop teruk jika anda tak tumpukan perhatian pada langkah ke 4 ni. Pastikan anda ada ILMU yang cukup jika tak nak rugi dalam bisnes. Pelaburan ilmu adalah yang terbaik dan beri pulangan berganda pada diri kita.

Langkah #5 ADVOCACY

Bila pelanggan anda mula berpuas hati dan jadi pelanggan setia anda, mereka akan mula menyarankan produk/servis anda kepada kenalan mereka. Kalau dalam konteks fesbuk biasanya  mereka akan tag kawan-kawan mereka untuk rekemen produk anda. Sesetengah orang amat mempercayai apa yang kawan mereka sarankan dan ini memberi anda peluang untuk meningkatkan jualan dengan zero cost marketing. Kan best tu Marketing Funnel!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !