Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Motivasi Diri

Bisnes Saya Pun Penuh Cabaran Beb!

Mohd Najib by Mohd Najib
May 15, 2016
in Motivasi Diri, Perniagaan Internet
0 0
0
Share on FacebookShare on Twitter

najibasaddok2015

Hari ni saya cuma nak share sedikit pengalaman sepanjang menjalankan perniagaan secara online (perniagaan internet) sejak tahun 2009. Walaupun agak panjang sedikit tapi saya yakin ia akan memberi anda inspirasi & idea lepas baca artikel ni.

Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana hari ini saya telah memiliki sebuah perniagaan dan team yang membantu saya menghasilkan jualan 5 angka dengan keuntungan bersih lebih 80%.

Apa yang menjadi penyebab utama untuk saya buat bisnes? Bisnes saya untuk capai IMPIAN orang yang paling saya sayang iaitu IBU saya.

Screenshot 2015-06-06 16.33.55

Syukur sebab saya dapat membelikan sebuah rumah teres 2 tingkat untuk ibu saya pada tahun 2013 bersebelahan rumah IMPIAN saya yang saya tulis matlamatnya pada April 2012.

rumahimpiannajibasaddok

Hidup ni jadi lebih seronok bukan apa yang saya miliki tetapi apa yang saya dapat sumbangkan kepada ibu saya jauh lebih menyeronokkan dan keberkatan. Setuju ?

Saya juga sangat teruja untuk sentiasa berkongsi ILMU pemasaran online yang saya miliki kepada ribuan peserta yang pernah hadir ke seminar atau memiliki panduan yang saya berikan secara online. Ada dikalangan mereka yang konsisten menghasilkan jualan 5 angka setiap bulan.

IMG_0744

Betullah apa mentor saya kata, What U Give, U Get Back!Saya juga berjaya memiliki kereta impian saya iaitu Mercedes Benz C200 dan Toyota Vellfire pada 2012 dan 2014.Tapi… Hidup saya dulu tak macam ni…

Peringkat awal bisnes ibu saya tak setuju dan sangat marah bila saya buat keputusan untuk fulltime dlm bisnes. Katanya saya tiada masa depan disebabkan keturunan kami tidak ada yang berniaga. Dlm masa yang sama kehidupan keluarga saya sangat susah ketika itu yang rumah pun hanya menumpang rumah arwah datuk saya.

Dan perkara paling saya bimbang ialah keadaan rumah yang sudah uzur. Maklumlah rumah tu dibina awal tahun 50an. Ibu saya sering meluahkan perasaan beliau alangkah indahnya kalau beliau dapat memiliki sebuah rumah milik beliau sendiri.

Perkara ni sangat-sangat menyentuh hati saya.Berulang kali saya minta restu dari ibu supaya sentiasa mendoakan KEJAYAAN saya dlm bisnes & dapat capai impian beliau dlm masa 1-3 tahun.Cabaran saya tak habis kat situ jer, nak tau apa lagi cabaran yang saya hadapi ? Teruskan bacaan…

Dulu saya tiada ILMU berniaga. Saya jual beberapa produk dari beberapa syarikat dan selalu bertukar produk sebab produk tak laku. Dalam fikiran mula menyesal sebab tak ikut kawan-kawan lain kerja makan gaji…‘’Arrghhh…jangan layan suara budak kecik ni’’ itulah dalaman saya yang selalu berlawan sesama sendiri.2009 tahun saya memulakan bisnes secara online.

Berbulan-bulan saya terkial-kial untuk menghasilkan jualan pertama. Tapi masih tak berhasil. Kawan-kawan isteri mula melemparkan pelbagai tohmahan. Saya ni dikatakan MAKAN DUIT BINI jer.. Kerja malas! Harapkan isteri jer yang bekerja..

Screenshot 2015-03-17 10.58.23

Huhhh….hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sedih dan tertekan saya ketika itu.Dah buat macam-macam teknik pemasaran pun masih lagi tak dapat sales…Fuuhhh cabaran bila buat tak berguru.. Sehinggalah saya mula beri komitmen untuk hadir ke seminar-seminar dan workshop berkaitan pemasaran bisnes saya mula melonjak.

Kesimpulannya jangan mudah berputus asa, elakkan perasaan mengalah sebab rezeki tu datang dari Allah. Serah diri kita bulat-bulat kepada Allah & yakin hanya Allah akan bantu kita capai KEJAYAAN dengan syarat kita bertindak.

Ok ada masa saya share lagi ya!

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post

RUGI Besar Kalau Anda Tak Buat BRANDING !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In