fbpx
blog najib asaddok

Strategi Membina BRAND AWARESS Guna Fesbuk

Salam

Bila anda melakukan pemasaran, anda kena tahu 3 tahap dalam melakukan pemasaran di internet

[bullet_block large_icon=”15.png” width=”” alignment=”left” font_size=”19″ font_font=”Helvetica”]

  • Brand Awareness/Bina Jenama
  • Bina Database
  • Buat Sales

[/bullet_block]

Tapi ramai yang buat silap terus skip 2 step dan fokus terus buat sales. Akhirnya tiada sales pun yang dia dapat. Anda kena ingat ramai orang membeli bukan kerana harga atau sebab produk semata-mata tapi sebab JENAMA.

Tak caya? Cuba saya offer anda 2 jenis kereta, anda nak kereta Honda atau Cherry? Pasti anda pilih Honda sebab jenama ni semua orang dah kenal. Kalau bawak pun fuhh mesti rasa glemer kan..hehehee…

Jadi iklan anda mesti orang nampak setiap hari! Syarikat-syarikat baru dan besar menghabiskan banyak kos untuk membina jenama sahaja terlebih dahulu. Contohnya anda lihat sekarang ni. Siapa tak kenal OPPO? Mana-mana pergi pun mata tak lari dari nampak iklan OPPO.

oppo-branding-2-perniagaan_internet

Kita pun perlu keluarkan bajet untuk membina BRAND ni, tapi tak setinggi kos yang mereka ni keluarkan. Ia sangat minima tapi menonjol dalam fesbuk.

Ni contoh iklan yang saya run dalam masa 2 minggu dalam fbads.

fbadsmarketinglike_perniagaaninternet

Iklan ni telah keluar kepada 2801 prospek saya dan mereka nampak iklan ni sebanyak 71 kali hanya dalam masa 2 minggu. Kalau saya nak buat flyers berapa keping agaknya flyers yang diperlukan? Meh kira

[feature_box style=”12″ only_advanced=”There%20are%20no%20title%20options%20for%20the%20choosen%20style” content_font_size=”18″ content_font_font=”Helvetica” alignment=”center”]

2801 X 71 = 198,871 helai

[/feature_box]

Berapa banyak kos tu? Kan tinggi… Kos iklan saya baru jer menelan belanja RM324 sahaja & saya dapat lebih dari 50 pelanggan serta database mereka.
Bagaimana nak buat iklan macam ni? Ini cara dia

  • Placement adalah di sidebar/right column
  • Iklan jenis page post engagement
  • Target Audience adalah pada fans (orang yang dah LIKE page kita)

Sangat penting untuk anda buat iklan kumpul LIKE dulu, bukan upah orang buat autolike tau! Buat iklan Page Likes dalam Ads Manager. Target 50-100 like page sehari yang TARGETTED.

Masa nak buat iklan like tu study dulu siapa audiens anda melalui demografik mereka

  • Jantina
  • Umur
  • Status perkahwinan
  • Interest mereka

Dah dapat like atas 1000 dah boleh mula iklan page post engagement yang bertujuan untuk kumpul database atau sales. Letakkan iklan tu di sidebar/right column dan retargetting pada fans anda. Macam ni cara dia, tengok gambar dibawah ni

Screenshot 2015-01-13 09.06.00

Untuk permulaan boleh letakkan bajet antara RM10-RM30 dahulu. Cuba run dan anda perhatikan frequency/kekerapan iklan keluar akan semakin meningkat. Mereka yang dah LIKE page anda akan ‘dihantui’ dengan iklan yang anda buat sama macam hari-hari yang mereka nampak iklan maggie.

Amacam? Adakah post ni membantu anda? Kalau ada apa-apa nak tanya/komen sila komen kat bawah ni ya. Feedback anda amat saya alu-alukan. TQ

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !