fbpx
blog najib asaddok

Tuan Zuqie Kerah Diri Buat Sales 6 Angka Sebulan Demi Keramat Hidup.

Zuqie

Zaman sekarang ni bukan mudah untuk mencari rezeki terutama sekali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun dah guna sepenuh tenaga, kadang-kadang nasib masih lagi tak menyebelahi kita. Nak berjaya dan capai impian dalam tempoh yang getir ni pasti berdepan dengan cabaran. Betul ke betul?

Tak kira lah tua ke muda, kalau anda usaha lebih pasti akan dapat lebih. Nak ke nak kalau kami Team Momentum share satu cerita best? Haaa, kalau nak.. anda WAJIB baca sampai habis tau. 

Sanggup korbankan zaman muda demi keramat hidup, Tuan Muhammad Khairul Marzuqi bin Khairudin yang juga dikenali sebagai Zuqie ini terpaksa matang sebelum usia. Kalau orang lain, dalam usia 23 tahun ni tentu dah sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi Tuan Zuqie korbankan masa depan demi ubah nasib keluarga. 

Anda yang baca ni pernah ke alami situasi macam Tuan Zuqie? Selepas pemergian ayah tersayang, Tuan Zuqie sedar dia perlu hargai masa yang ada bersama ibu.

“Sedih sangat lihat ibu setiap hari bangun 4:30 pagi untuk siapkan bahan berniaga dan saya tak sanggup bila ibu kena membanting tulang demi menampung hidup kami sekeluarga” Ini lah penyebab utama Tuan Zuqie libatkan diri dalam bisnes walaupun dia terpaksa korbankan zaman muda. 

Bermula daripada bawah dengan menjual produk orang lain, kini segalanya berubah bila dia dah naik sehingga menjadi Leader kepada Krukkrapmy – Golden Salted Egg Peyek. Percaya ke percaya sekarang dia dah ada Ejen seramai 622 orang. Wow! Dia bukan Founder pun, tapi berjaya lahirkan team yang ramai. Hebat kan?

Semasa sesi Ultimate Personal Coaching (UPC) bersama Tuan Najib Asaddok, Tuan Zuqie berkongsi “Terima kasih sifu, saya nak share win saya bila dapat bantu mak di kampung dan saya juga dapat belikan motor untuk adik saya. Sebelum ni dia naik basikal jer, tapi Alhamdulillah saya dapat belikan dia motor”.

Bukan tu jer, anak muda yang sentiasa tampil kemas ini juga berjaya buktikan usia muda tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam bisnes. Anda mesti terkejut sebab dulu sales dia cuma RM500 jer tapi sekarang dia berjaya buat sales RM396,948 pada bulan Oktober dan total sales sehingga Oktober dah mencecah RM1,830,348. Fuh! Bukan calang-calang ni, bayangkan lah time PKP boleh buat sales 6 angka sebulan. 

Apa rahsia Tuan Zuqie? Dia konsisten buat Facebook Live walaupun mula-mula malu juga tapi dia buat jer secara konsisten dan dia juga tak berhenti buat Like Marketing untuk tarik lebih ramai pelanggan. Tak payah pelik kalau sales dia boleh meroket sehingga 6 angka sebulan sebab ini lah rahsia yang dia amalkan dari dulu sampai sekarang. 

Alhamdulillah, Tuan Najib Asaddok dan Team Momentum Internet bangga dengan kejayaan Tuan Zuqie. Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Tuan Zuqie dan team sebab berjaya pecahkan rekod menjadi Top 3 leader Krukkrapmy seluruh malaysia pada bulan Oktober. Sikit je lagi nak naik Top 2! InsyaAllah, doa dan harapan kami sentiasa bersama Tuan Zuqie, semoga bulan depan boleh capai lebih banyak impian dan jadi Top 1 leader Krukkrapmy seluruh Malaysia. Aamin Ya Rabb.

Anda yang baca ni mesti gembira dan turut mendoakan kejayaan Tuan Zuqie kan? Kalau dia boleh berjaya anda semua juga boleh, kata Tuan Zuqie “Trust the process dan jangan ulangi kesilapan yang saya buat sebab saya dah 5 kali join kelas RPM baru saya buat tindakan seterusnya. Memang menyesal tak bertindak dari awal.. Kalau tak sekarang saya mesti dah meroket lebih jauh”. 

Haaa, sebab tu penting untuk buat tindakan lebih awal, tak perlu nak fikir lama sebab sampai bila nak terus stuck tempat yang sama? Betul ke betul? Jadi anda nak ke nak saya bantu anda cara setup FB untuk tarik lebih ramai pelanggan?

Kami nak anda tahu.. Kami nak sangat tengok anda berjaya, tak perlu tunding jari dan bandingkan diri dengan orang lain. Kalau orang lain boleh berjaya dalam bisnes time PKPB ni, anda juga boleh! Kami daripada Team Momentum dah tak sanggup lihat ramai bisnes yang gagal di luar sana. 

Jadi, mulakan tindakan sekarang dengan download E-Book Percuma di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !