fbpx
blog najib asaddok

Ehh korang ingat bila BERJAYA capai IMPIAN orang tak “sedekah” cacian dan kutukan

Najib Asaddok

Saya teringat tetiba pagi ni bila terpandang gambar lama ni, berlaku tahun 2011. 😌 Pada masa tu saya berumur 27 tahun & bisnes baru mula nak naik.

Beberapa tahun tu struggle tak boleh bayar loan konsisten, 😦 ada jer tertunggak.

Kereta secondhand yang saya beli pulak tak habis-habis buat hal, rosak, kena tukar part, banyak ribu jugak habis. Masa tu saya pakai Peugout 307 model 2001.

Kiranya masa beli kereta tu berusia 8 tahun. Memang “lumayan’ lah nak maintain.

Saya masa tu dah BENGANG sangat, nak amik barang dengan supplier susah, nak bergerak balik kampung pun mencabar kadang-kadang kereta rosak tengah jalan.

Saya pulun abis lah, pendek cerita sampai saya beranikan diri singgah showroom Toyota sebab saya fikir brand ni maintenance tak mahal.

Rezeki saya dapatlah miliki kereta Camry ni pada usia 27 tahun 😊.

Saya suka lah sebab besar, selesa. Sebelum tu orang pandang serong, tak nampak kejayaan buat bisnes. Dah lah duduk rumah jer tak keluar bekerja. Dah memang kerja saya ONLINE, dok umah lah kan.

Jap..japp… nak saya sambung ke ni 😮?

Ya lah ingat dah berjaya sikit ni kawan-kawan sekeliling tu akan suka lah kan… Ya saya akui ramai beri pujian, penghargaan dan galakan.

Tapi..tak kurang juga yang cakap

” eh elehh..tu kereta orang tua! Kete apek2 pakai ! “

“Kenderaan ni untuk kita gerak dari Point A ke B, buat apa beli mahal2, naik moto dahlah! “

” Tahniah ya!….. tahniah sebab dah tambah hutang” tergamam beb bila dengar macam tu, ingatkan ikhlas rupanya perlian 😔.

Saya down juga lah mula-mula, yerlah kita dah usaha bermati matian, datang orang2 yang tak suka cuba jatuhkan semangat kita 😪.

Sampai satu ketika, saya rasa sudah sudahlah nak peduli pada orang lain, betulkan lah niat.

Apa kita buat untuk tarik redha Allah SWT, bukan manusia. Asalkan saya buat benda yang betul dan bermanfaat, pedulikanlah apa orang lain kata.

Teruskan jer capai impian, teruskan beri kebaikan pada orang, rasa down pergilah mengadu pada Dia ☺️.

Semoga beri sesuatu pada sahabat2 semua tau untuk terus buru cita-cita. BUAT JER!

P.S Banyak jasa kereta ni pada hidup & bisnes saya

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !