Trip Digital Marketing Momentum ke US (Part 6)

PART 6 – BISNES BUAH APPLE USD229 BILLION DENGAN TANAM POKOK?

Lepas dari pertemuan yang paling bermakna dengan Pn. Nini Suhaimi, Data Analyst di Facebook kami bergerak ke Apple Park Visitor Center. Semalamnya dah ke Apple Infinite Loop, kenapa ke Apple Park Visitor Center pula?

Ok, Apple Park ni merupakan ofis terbaru bagi Apple. Masih belum siap lagi tapi Apple dah pernah guna untuk lancarkan Iphone X dan Iphone 8 baru-baru ni. Kawasan ini akan menjadi HQ utama Apple yang bertemakan ‘Spaceship’

Kawasan Apple Park ni sangat besar meliputi 175 ekar tanah yang bakal menerima sebanyak 20,000 pekerja di kawasan tu jer. Apple menghabiskan lebih dari 5 billion USD setakat ni dan masih lagi belum tahu lagi jumlah sebenar kos pembinaannya.

Yang bestnya tentang Apple Park ni adalah:

  1. Sebanyak 7,000 pokok yang akan ditanam, dibantu oleh ahli & pengkaji pokok Stanford University
  2. 85% kawasan Apple Park adalah hijau (konsep hutan)
  3. Keseluruhan kawasan Apple Park menggunakan tenaga solar
  4. Apple bekalkan 1,000 basikal untuk kegunaan pekerja Apple
  5. 100,000 kaki persegi hanya untuk fitness center, kemudahan untuk pekerja Apple
  6. 700 parking adalah untuk kenderaan elektrik

Ini adalah beberapa konsep yang Steve Job sendiri mahukan ketika beliau masih hidup.

Bayangkan betapa bagusnya idea Steve Job yang sangat menjaga alam sekitar. Kebanyakkan orang berjaya, mereka suka bangunkan teknologi yang mesra kepada alam sekitar, tidak cemar dan teknologi yang memberi manfaat pada orang ramai.

Semua ini tak tercapai andaikata bisnes masih biasa-biasa, tidak ada potensi untuk grow lebih besar, bisnes masih lagi pentingkan diri sendiri, bukannya orang ramai dan team sendiri.

Ini adalah contoh yang baik, apabila kekayaan itu digunakan untuk kegunaan orang ramai, untuk kebaikkan orang ramai. Tengok sendiri para sahabat Rasululullah SAW, berapa ramai yang menginfakkan untuk ke jalan Allah. Semuanya untuk kebaikkan ummah.

Inilah pengajaran yang saya belajar dari syarikat yang hanya bermula dari garaj / bangsal rumah hingga menjadi GERGASI tapi masih boleh contribute untuk masyarakat.

To be continue.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !