fbpx
blog najib asaddok

Trip Digital Marketing Momentum ke US (Part 5)

PART 5 – ORANG DALAM FACEBOOK HQ BOCORKAN BEBERAPA PERKARA

Lepas melawat ke Googleplex di Mountain View, kami pun beransur gerak ke lokasi berehat malam ni di Cuppertino Hotel. Plan asalnya nak ke San Fransisco terus tapi alang-alang dah sampai Silicon Valley ni, rasa sayang plan tak pergi ke beberapa tempat lagi.

So, malam tu kami berehat melepaskan lelah. Ada yang masih jetlag lagi tapi gagahkan jua perjalanan sepanjang hari. Mana nak dapat pengalaman sebegini bila travel bersama dalam group yang pernah jatuh dan bangun sama-sama.

……..

Keesokkannya ada kejutan. Sebelum ni kami pernah berhubung dengan kenalan saya masa kali pertama ke Los Angeles sebelum ni, Tuan Nabil untuk bantu kami kalau boleh untuk bolehkan kami masuk ke Facebook HQ. Tuan Nabil dah pun bantu hubungkan kami dengan salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja dalam Facebook.

Asalnya kami plan untuk ke Facebook HQ sebelum kami berangkat ke San Diego untuk program yang sebenar kami. Tapi, individu tersebut bercuti, tapi jemput kami ke Facebook HQ di Palo Alto pada hari isnin berikutnya. Jadi memang tak dapat nak ke Facebook HQ isnin tu sebab komitmen kami pada Conference yang kami dah book awal. Jadi kami pun ubah plan berpusing sekitar Silicon Valley dan San Fransisco.

Tapi pagi ni, kami diajak untuk berjumpa dengan beliau di salah sebuah cafe di Cuppertino, dekat jer dengan hotel yang kami menginap. Lepas kemas dan terus check out pagi tu, kami pun terus ke lokasi perjumpaan.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjumpa dengan orang Malaysia yang menetap di Amerika untuk lawatan kali ini. Individu yang kami maksudkan tu adalah Pn. Nini Suhaimi. Kali pertama kami kenal dengan dia ingatkan kena prepare cakap fully english, sekali speaking Melayu, hehe.

 

 

Pn. Nini Suhaimi ni merupakan salah seorang Data Analyst di Facebook. Sebelum beliau kerja di Facebook, beliau merupakan Data Analyst di Google. Kalau ikut pengalaman kerja dan pengalaman beliau duduk di US ni memang sangat mengagumkan.

 

 

Banyak perkara yang kami borak dari awal pagi hingga tengahari. Ada beberapa komen yang beliau share bersama saya dan team berkenaan bisnes kami. Beliau sempat tanyakan pada orang Facebook tentang bisnes kami dan beliau juga sampaikan beberapa input untuk kami perbaiki lagi ‘online presence’. Mata kami semua terbuka dan menerima apa yang Pn Nini Suhaimi komentar tentang kami.

Pandangan beliau sebagai seorang Data Analyst ni sangat kami hargai sebab bukan senang nak jumpa expert dalam dunia digital. Every moment, every piece of advise, every topics that we discuss is really matters to us.

 

 

Perkara paling saya tak sangka rupa-rupanya beliau juga adalah Alumni kepada sekolah MRSM iaitu ANSARA ataupun Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia. Beliau sangat teruja dengan apa yang saya dah buat, dah menyumbang kepada masyarakat melalui ilmu dan kemahiran yang saya ada dalam bisnes. Sebab pada pandangan beliau tak ramai orang yang ada kelebihan ini sanggup berkongsi pada masyarakat.

Beliau galakkan saya untuk saya aktif dalam ANSARA supaya beliau boleh kumpulkan semua bekas pelajar yang aktif dengan masyarakat. Beliau juga ingin kenalkan saya kepada individu-individu lain dalam ANSARA yang komited menyumbang pada masyarakat. Saya pula terasa macam, WOW, Alhamdulillah sebab saya ibarat bertemu dengan ‘the right people at the right time’. Tak sangka pula jadi macam ni.

Akhirnya masa pun dah mencemburui kami. Pn Nini pula perlu bergegas ke rumah untuk persediaan event beliau malam tu dan kami pula perlu habiskan tour di Silicon Valley sebelum kami bergerak ke San Diego, jauh perjalanan tu.

Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan Pn. Nini Suhaimi. It’s been an Honor to meet you. Saya dan team momentum rasa seperti macam wow. Next time, InsyaAllah, saya dan team akan jejakkan kaki kat dalam Facebook HQ, InsyaAllah.

Lepas dari perjumpaan tu kami pun mula ke beberapa tempat lain.

To be continue…

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !