fbpx
blog najib asaddok

Trip Digital Marketing Momentum ke US (Part 4)

 

PART 4 – BRAND SALAH EJA PUN BOLEH MEROKET

Setelah selesai di Apple HQ di Cupertino, kami beralih ke destinasi berikut. Syarikat seterusnya yang menjadi salah satu Company yang menjadikan Silicon Valley ni sangat istimewa.

Tak lain dan tak bukan, Google. Siapa kat sini yang tak kenal Google? Ish rasanya manusia yang tak kenal tu maybe dah ‘meninggal’ ataupun memang tak pernah guna internet sepanjang hidupnya. Hehe, taklah gurau jer.

 

Google satu syarikat gergasi yang berada dalam industri teknologi. Google sangat fokus dalam perkara yang berkaitan internet contohnya enjin pencarian, teknologi ‘cloud computing’, software dan juga hardware.

Saya berada disini, Googleplex di Mountain View hari ni sebab nak tengok sendiri secara fizikal bagaimana syarikat Google ini berkembang sangat besar.

 

 

Google dulu bukanlah sehebat seperti hari ini. Google dulu diasaskan oleh Larry Page dan partner beliau Sergey Brin. Larry Page ni berasal dari keluarga yang memang pakar dalam bidang Computer & Prgramming. Masa kecil, ibunya mengajar Larry untuk menulis ‘coding’, terma yang digunakan untuk bina sistem dalam komputer.

Larry belajar degree dalam bidang Computer Engineering di Michigan dan teruskan PhD di Stanford University. Masa belajar di Stanford, Larry kenal Sergey Brin. Masa di Stanford, mereka berdua hasilkan satu enjin pencarian yang boleh senaraikan list page berdasarkan populariti.

Dari situ, mereka berdua mendapat idea bisnes dan teruskan menubuhkan syarikat. Pada asalnya, nama syarikat yang mereka mahukan bukan Google, tapi nama sebenar yang mereka nak adalah Googol.

Apa maksud Googol? Googol adalah satu istilah dalam bidang Matematik yang bermaksud 1.0 × 10100 (macamana nak sebut tu?) Haa, itulah nama asal yang dimaksudkan sebelum tersalah eja jadi Google. So secara rasminya, Google diasaskan pada September 4, 1998 di Menlo Park, California dalam Silicon Valley tu sendiri.

Larry Page & Sergey Brin pun bukanlah orang yang ada-ada. Mereka bermula dengan mencari investor dikalangan kaum keluarga dan sahabat handai terdekat. Jumlah terkumpul yang mereka berjaya kutip adalah lebih kurang $1juta USD.

Setelah 20 tahun berlalu, kini Google dah menjadi syarikat yang gergasi, yang mendominasi internet berdasarkan hasil jualan yang mereka jana. Tahun 2017, Google menghasilkan jualan sebanyak $110 billion USD, jadikan syarikat Google, syarikat terbesar berasaskan teknologi internet.

Sekarang ni Google dah berkembang pesat. Google bukan lagi menjadi syarikat induk. Pada tahun 2015, Larry Page telah mewujudkan syarikat Alphabet Inc yang menjadi syarikat induk dan Google Inc telah menjadi anak syarikat kepada Alphabet Inc. Ada banyak lagi anak syarikat kepada Alphabet Inc seperti Google Inc, antaranya adalah Calico (Syarikat R&D dalam bioteknologi), CapitalG (Syarikat Investment), Deep Mind (Syarikat R&D dalam bidang Artificial Intelligent) dan lain-lain.

Bawah Google Inc sendiri ada beberapa produk yang menjadi sebahagian hidup kita antaranya adalah GMail, Youtube, Google Drive, Google Maps, Waze, Google Chrome dan banyak lagi produk dibawah Google yang jadi pelengkap kehidupan seharian manusia.

So, power ke power, hanya berdasarkan dari idea dan projek kecil, Google berkembang sehingga mempengaruhi setiap urusan manusia. Yahoo hingga hari ni tenggelam disebabkan Google.

Puas saya dan team berjalan keliling Googleplex sebab nak rasa feeling dan suasana sini. Kebetulan pula hari Sabtu, jadi tak ramai team Google, tapi ramainya orang luar yang datang melawat.

 

 

 

 

 

To be continue..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !