fbpx
blog najib asaddok

Tips Survive Dalam Bisnes Bila Lockdown

Tips Survive Dalam Bisnes Bila Lockdown

Kami tahu ramai yang risau bila kerajaan mengumumkan total lockdown. Tapi apa yang berlaku sekarang kita tak boleh nak kawal. 

Apa yang kita boleh buat sekarang cari jalan macam mana untuk bisnes kita survive. Saya tahu lockdown kali kedua ini buatkan ramai peniaga dan usahawan dekat luar sana stuck macam mana lagi nak dapatkan sales. 

Tapi apa saya dan Team Momentum tak nak korang give-up. Kita kena change mindset kita jadikan lockdown ini sebagai satu peluang untuk kita. Boleh ke boleh?

Sebab itu, saya nak berikan korang 5 tips untuk survive dalam bisnes bila lockdown kali kedua. 

Saya nak korang baca sampai habis tau..

Tips Survive Dalam Bisnes Bila Lockdown
  1. Jangan give-up

Kita ni kalau nak berjaya buang rasa give-up tu supaya kita boleh buat yang terbaik. 

Kalau kita give-up, cer fikir bisnes kita macam mana?? Tak akan nak give-up sebelum berjuang? Boleh ni?

Tips Survive Dalam Bisnes Bila Lockdown
  1. Cari solution

Bila kita hadapi masalah jangan terlalu fikirkan masalah tu tapi apa yang kita kena buat adalah cari solution. 

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaikan, cuma diri kita jelah pandai cari atau malas. 

Kita tak boleh stuck terlalu lama pada satu-satu masalah tu nanti kita sendiri blur tak tahu nak buat apa. 

Tips Survive Dalam Bisnes Bila Lockdown
  1. Minta nasihat pakar

Belajar daripada orang yang berpengalaman yang perlu lalui situasi yang korang lalui. 

Jangan rasa diri tu bagus sangat sampai semua benda nak buat sendiri tapi akhirnya tak menghasilkan apa-apa result. Pendapat dan pandangan orang ni bagus supaya kita boleh kita perbaiki sesuatu tu daripada pelbagai sudut. Faham ke faham ni?

  1. Planning lebih awal

Bila kita nak buat sesuatu tu, kita perlu merancang supaya flow dia berjalan dengan lancar. 

Cuba bayangkan kalau kita nak capai RM10,000 tapi usaha kita macam RM1 kita akan dapat ke RM10,000 tu?? Mestilah dapat tapi dalam mimpi jelah. Hehehe gurau-gurau

Mestilah susah kita nak dapat, dengan magic number pun kita tak tracking macam mana nak dapat numbers yang kita target. Kan??

  1. Onlinekan Bisnes

Bila lockdown berlaku tak jadi masalah kepada peniaga yang dah onlinekan bisnes. Sebab bisnes dia boleh jalan seperti biasa. 

Sebab itu, bisnes sekarang perlu dionlinekan supaya tak jadi halangan untuk kita berbisnes sebab semuanya atas talian.

Tapi kepada yang masih tak onlinekan bisnes dan tak tahu cara macam mana nak onlinekan bisnes. Jangan risau, saya dan Team Momentum ada untuk bantu anda. 

Sekarang pelancaran bimbingan selama 30 hari dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum Edisi Khas Copywriting Ayat Power dah mula.

Jom grab peluang keemasan ini..Cepat-cepat daftar di www.naktarikpelanggan.com 

Ajak kawan-kawan, sedara mara yang berbisnes juga untuk belajar sama-sama macam mana nak onlinekan bisnes. Boleh ke boleh?

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !