fbpx
blog najib asaddok

Copywriting saya lemau? Jom Kita Kenali Apa 5 Kesilapan Dalam Copywriting

Copywriting Saya Lemau. Jom Kita Kenali Apa 5 Kesilapan Dalam Copywriting

Apa tugas kita sebagai usahawan? Nak bantu selesaikan masalah ramai orang diluar sana. Betul ke betul? 

Sedar ataupun tidak kita ni bagaikan FRONTLINERS bagi mereka terutamanya masa Lockdown ni. 

Apa perasaan anda bila mampu bantu orang ramai selesaikan maslah mereka? Mesti rasa gembira kan!

Tapi ingat!…  Bila kita berniaga dan bantu followers kita di laman online, copywriting ni WAJIB anda kena ada. 

Sebab ia mampu membuatkan pelanggan tercuit hati untuk mengenal bisnes anda. 

Masalahnya, masih ramai lagi yang buat silap dalam teknik ni dan tidak sedar tentang kesilapan mereka. 

Jadi apa kesilapan mereka? 

Copywriting saya lemau? Jom Kita Kenali Apa 5 Kesilapan Dalam Copywriting

Headline Yang Tak Ada Nilai.

Bila anda buat copywriting, pastikan ia ada nilai supaya pelanggan boleh kenal produk anda. Tapi bila anda guna headline yang tak kena mengena dengan mesej yang nak disampaikan…

Ia akan mendatangkan salah faham dengan followers anda.  Silap-silap nanti kena viral sebab benda yang salah pula. Habis nanti!

Copywriting saya lemau? Jom Kita Kenali Apa 5 Kesilapan Dalam Copywriting

Suka Copy Paste Hak Orang

Jangan ambil artikel orang secara bulat kerana ia merupakan hasil kerja dan idea mereka.  Apa perasaan anda bila ada orang lain ambil idea dan hasil kerja anda tanpa izin anda? 

Jadi sebelum nak ambil idea orang lain, minta izin daripada mereka atau baca dan olah ikut kefahaman anda. 

Oh ya! Jangan lupa berikan kredit pada mereka juga ya…

Copywriting saya lemau? Jom Kita Kenali Apa 5 Kesilapan Dalam Copywriting

Ayat Terlalu Panjang 

Ingat bila ayat copywriting anda ni terlalu panjang, ia tak semestinya ada isi.  Ia akan buat followers anda rasa keliru dan bosan. 

Keep it short and simple. Pastikan mesej yang nak sampaikan tu ringkas, senang faham dan padat. 

Tak Ada Call To Action (CTA)

Call To Action (CTA) ni ibarat Waze untuk followers anda untuk mereka cari anda.  Buat CTA yang jelas dan beri mereka alasan kenapa mereka patut buat perkara tersebut. 

Faham ke faham ni? Nak tahu apa contoh CTA.. Follow sampai habis.

Salah Guna Ayat

Ramai peniaga yang tidak ambil berat dan tidak amalkan teknik penulisan yang betul. 

Mereka tidak menghiraukan tatabahasa, ejaan, guna terlalu ayat SHORT FORM dan guna ayat yang susah nak faham.

Kurangkan penggunaan ayat tersebut.  Semak setiap ejaan dan ayat yang anda guna setelah selesai menulis. Boleh ke boleh?

Copywriting ni bukannya satu benda yang kita boleh cepat faham. Sebab bukan senang untuk kita nak fahamkan emosi pelanggan/followers kita.  Tapi dengan ilmu dan bimbingan yang betul InsyaAllah pasti boleh!. Nak tahu macam mana?

Jom dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA dalam channel telegram di →  www.nakbimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !