fbpx
blog najib asaddok

Rahsia Buat Pelanggan Online Tak Lari Pergi Dekat Pesaing

Rahsia Buat Pelanggan Online Tak Lari Pergi Dekat Pesaing

Kita ni dalam bisnes jangan fikir cari untung jer semata-mata tapi kita juga nak bagi manfaat pada pelanggan kita. Barulah pelanggan kita ni tak lari pergi dekat pesaing.

Kan lebih bagus kalau pelanggan kita suka dan gembira dengan kita. Kalau pelanggan tak suka dan marah, diorang akan lari ke pesaing siap sebarkan pada kawan lain untuk jangan ambil produk kita. Nak ke jadi macam tu??

Nauzubillah minta-minta kita semua dijauhkan dengan perkara yang sebegitu..

Sebab itu kita kena pikat pelanggan kita sebelum dia lari dekat pesaing. 

Nak tahu ke nak tahu apa rahsia buat pelanggan online tak lari pergi dekat pesaing?? Meh saya kongsikan 5 tips ni, baca sampai habis tau..

Rahsia Buat Pelanggan Online Tak Lari Pergi Dekat Pesaing
  1. Engage dengan pelanggan

Tolonglah..Jangan tinggalkan pelanggan bila dia dah membeli dengan kita. Tak bagus macam tu, sebab kita perlu engage dengan pelanggan supaya mereka rasa dihargai.

Ibarat korng mengambil berat tentang mereka. Jika hati pelanggan dan suka, mereka susah nak percaya pada bisnes lain. Faham ni?

Rahsia Buat Pelanggan Online Tak Lari Pergi Dekat Pesaing
  1. Tanya feedback

Kenapa kena tanya feedback?? Bila korang tanya feedback korang akan dapat tahu apa masalah yang perlu diatasi untuk buat improvement.

Tanpa feedback daripada pelanggan, pastinya bisnes korang maintain macam tu jer.. Jangan sampai bisnes korang nyawa-nyawa ikan.

Rahsia Buat Pelanggan Online Tak Lari Pergi Dekat Pesaing
  1. Jawab pertanyaan

Bila pelanggan tanya jawab je, kita faham yang pelanggan kita ni dia betul-betul tak tahu. Anggap dia macam budak-budak kecil yang perlu diajar, diberitahu dibimbing. 

Jangan biarkan mereka terkapai-kapai. Boleh??

  1. Power copywriting

Copywriting yang bagus adalah copywriting yang buat pelanggan korang tidak berhenti membaca sampai habis apa yang korang tulis. 

Sebab tu bukan senang  nak mahir dalam penulisan copywriting. Sebab itu, kami berikan secara FREE jer 6-E Book Copywriting Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut. 

Macam mana nak dapatkan?? Boleh hubungi Team Momentum untuk dapatkan E-Book di www.Nakbimbingan.com

  1. Testimoni

Testimoni boleh jadi inpirasi pada orang, boleh jadi beri keyakinan, beri pengaruh, beri galakan dan paling power, pengaruh pelanggan untuk dapatkan produk premium. 

Jadi, cepat dan teruskan kumpul testimoni. Ada orang gembira, cerita atau kisah diri dia boleh buat orang berubah atau inspiring others. 

Semoga sharing kami ni bermanfaat untuk semua. 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !