fbpx
blog najib asaddok

TIPS NAK JADIKAN PELANGGAN BELI PRODUK MAKANAN BERULANG KALI.

Siapa sini yang kenal usahawan yang buat bisnes makanan terutamanya yang jenis boleh buat penghantaran seperti kerepek, biskut, kek, roti atau apa-apa sahaja berkaitan?

Ramai usahawan yang buat bisnes makanan yang boleh deliver atau postage mengadu sales susah nak masuk, susah nak generate more sales dari apa yang dia hasilkan.

Sebenarnya ada cara nak growkan bisnes anda. Ada strategi dan teknik yang anda boleh buat untuk dapatkan sales lebih dari biasa yang anda lakukan.

So, ada beberapa TIPS NAK JADIKAN PELANGGAN BELI PRODUK MAKANAN BERULANG KALI supaya sales anda bertambah dan anda boleh growkan lagi bisnes anda hingga ramai lagi yang kenal.

NAK TAHU?

Prospek kalau nak tahu sedap atau tak sedap makanan yang dia makan, anda mesti bagi dia rasa dulu.

Selagi orang tak rasa orang takkan tahu kesedapan makanan yang anda buat.

So, bila bagi free, boleh dapatkan feedback prospek, boleh dpatkan testimoni yang kata makanan best.

Andai ada feedback negatif, terima dengan hati terbuka dan move on perbaiki lagi mutu kesedapan makanan yang anda hasilkan.

Kalau anda buat package, pastikan ada pakej yang anda jual sekali dalam kuantiti yang banyak.

Contoh macam balang besar, sebab tak berbaloi anda jual dalam keadaan kuantiti kecil dengan harga murah. Tak berbaloi dengan kos penghantaran.

Anda jual banyak, margin kos makin besar. Orang boleh makan dengan puas, dan anda tinggikan sales berbanding biasa.

Pastikan anda buat delivery ke pejabat sahaja. Atau beri penghantaran percuma ke pejabat sahaja kalau sanggup.

Tujuan utama sebenarnya kita nak pembeli bagi rakan pejabatnya rasa kesedapannya dan mereka sama-sama boleh order sekali banyak.

Teknik ini mungkin boleh bantu satu ofis order dengan anda secara pukal, banyak, berlambak.

Sekali order, segedebuk anda dapat. Puas hati dari jual sikit-sikit..


Promo WAJIB buat tak kisah sempena apa. Kucing beranak, sempena jumpa kucing hilang, sempena kelahiran anak, sempena mimpi jumpa jodoh kedua, eh silap..

Tak kisahlah sempena apa, kena buat supaya sentiasa menarik minat orang untuk beli banyak kali dan prospek baru beli untuk kali pertama dari anda.

WAJIB buat contest. Senang tingkatkan engagement.

Anda boleh kreatif dalam contst anda. Lagi best anda buat contest pelanggan makan paling gelojoh, dialah menang..

Hadiah tu terpulang, yang penting ada engagement pelanggan happy makan makanan yang anda jual.

Kena minta video satu ofis mamam tengahari kerepek pisang anda. Minta pelanggan rakam satu keluarga makan biskut anda.

Anda kena minta dari pelanggan supaya anda boleh tahu moment mereka gembira akibat makanan yang anda hasilkan.

Moment-moment sebegini sangat mahal. Bukan produk yang anda kena fokus tapi emosi, moment yang anda perlu share.

Itu lebih mahal..

Kalau anda jual conflake jenama XYZ yang anda sendiri hasilkan, kongsikan resepi atau menu yang anda boleh buat melalui produk anda.

Kalau anda ada kerepek, cuba tunjuk anda buat nasi kerabu guna kerepek sebagai salah satu lauk.

Serunding balut roti goreng tempura, atau apa-apa pun. Orang berselera nak tengok.

Barulah orang terasa lapar dan nak dapatkan produk makanan anda.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !