fbpx
blog najib asaddok

Tips FB Ads Untuk Bisnes Kecantikan Yang Baru Nak Up!

3 Tips FB Ads Untuk Bisnes Kecantikan Yang Baru Nak Up!

Anda kenal ke mana-mana peniaga yang dah lama berniaga tetapi masih lagi struggle cari tips FB ADS untuk naikkan jualan bisnes, pelanggan tak ramai dan hutang bank keliling pinggang.  

Kami percaya kita kurang ilmu, skill yang menyebabkan kita tak tahu cara bagaimana nak tarik ramai pelanggan. 

Topik kali ni memang sesuai sekiranya korang jalankan bisnes fesyen dan kecantikan. Eh eh! Tapi tunggu dulu, bisnes dalam industri lain seperti makanan dan servis pun boleh baca tau sebab caranya sama jer..

Tak banyak beza pun sebab tekniknya tetap sama cuma sasaran sahaja yang berbeza. Faham ke faham ni?

Kami nak ajar korang setting atau kempen di Facebook Ads sebab hanya mereka yang buat Facebook Ads jer yang boleh pilih siapa atau target sasaran yang mereka nak. 

Amacam? Itu lah yang best pasal FB Ads dan kami kalau boleh nak korang gunakan serendah RM15 sehari jer untuk FB Ads. 

Jadi korang kena teruskan baca sampai habis tau sebab kami nak bantu korang percepatkan proses untuk tarik lebih ramai pelanggan. Korang ready ke ready ni?

  1. Tahu & Faham Siapa Audience 

Kunci tips FB ADS untuk tarik ramai pelanggan adalah tahu dan faham siapa korang punya sasaran yang pergi ke Facebook Page. Sebab tu korang kena buat Facebook Ads untuk tarik sasaran yang betul. 

Kalau korang perasan target bisnes fesyen dan kecantikan ni lebih kurang sama jer. Nak ke nak tahu apa dia? Usahawan akan lebih sasarkan kepada kaum wanita yang dah berkahwin dan umur lingkungan 25 hingga 44 tahun. 

Bila kita tahu pelanggan yang betul, kita boleh tahu emosi dan apa yang dia nak capai. Kan senang tu.. Kalau kecantikan mungkin pelanggan nak beli produk korang untuk tingkatkan keyakinan diri dia. 

  1. Fokus Pada Masalah Pelanggan

Tak semua orang tahu bahawa masalah mereka hadapi tu adalah masalah sebab dia ingat tak ada apa-apa. 

Sebab itu kita kena fokus pada masalah pelanggan dan beritahu mereka apa yang akan jadi sekiranya mereka tak selesaikan masalah tu… 

Contohnya, korang boleh cakap “Sis tak bengang ke bila berjalan dengan suami tetapi orang mula start tanya eh ni adik you ke? Itu lah tanda sis ada masalah, mungkin tak jaga imej, kesihatan dan kecantikan. Nak ke nak kami bantu? ”.

Amacam? Korang dapat sesuatu?

  1. Guna Teknik Testimoni

Tips FB ADS boleh guna teknik storytelling atau testimoni sebab orang lebih tertarik bila kita cerita tentang pelanggan dan mereka tak akan perasan yang korang sedang buat pengiklanan. Best kan?

Dalam dunia tak ada benda yang lebih power dalam penulisan selain story pencapaian, perubahan atau apa sahaja yang berikan peningkatan kepada pelanggan kita. 

Orang sangat nak tahu, sebab tu kita kena banyakkan highlight ini di Facebook Ads. Korang faham ke faham ni?

Nak kami beri lebih lagi? Mungkin lepas ni kami daripada Team Momentum boleh terangkan macam mana korang boleh guna RM15 boleh tambah fans di Facebook 3,000 hingga 5,000 sebulan. 

Sabar dulu, apa yang kami nak ajar ni bukan skim cepat kaya tau tetapi ini lah benda yang betul untuk tarik lebih ramai pelanggan.

Kami serius nak bantu anda naikkan jualan bisnes ketika lockdown dan PKP kali ni.. Boleh ke beri diri korang peluang untuk kami bantu?

Jom daftar kelas RPM Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama yang bakal berlangsung pada 21 & 22 Ogos 2021 di —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !