Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Kisah Inspirasi

TERPAKSA TEBALKAN MUKA PINJAM DUIT MERTUA UNTUK BAYAR GAJI PEKERJA

Mohd Najib by Mohd Najib
April 23, 2020
in Kisah Inspirasi, Platinum Star
0 0
0
kek lapis
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini saya nak share kisah Puan Wan Noor Husna founder kepada Fiksa Kek Lapis. Kenapa sampai beliau terpaksa pinjam duit mertua untuk bayar gaji pekerja?? Nak tahu kisahnya lebih lanjut… Jom teruskan baca sampai habis tau..

Kisah perjalanan bisnes kek lapis saya bermula dengan zero ilmu. Saya dan suami terus buka kedai dan hire staff dari Sarawak yang mana beliau merupakan chef kami pada ketika itu.

Pada awalnya kami berniaga, Alhamdulillah banyak perkara kami dapat. Sales banyak, semuanya berjalan dengan lancar. Tapi tiba satu ketika, sales kami mula ada masalah. Orang tak mula beli, produk macam tak laku.

Saat paling saya tak boleh lupakan hingga hari ini, sales sehari saya cuma sekadar RM10 – RM20 sehari jer. Kalau sekali sekala takpe juga boleh terima bisnes ada naik turun. Tapi sales ni berlangsung untuk tempoh lama. Ada banyak ketika langsung tak ada sales!

Team Fiska Kek Lapis

Berapa lama nak jadi macam ni? Saya ada staff nak bayar gaji, ada komitmen kedai, nak beli bahan mentah untuk buat kek bermacam lagi. Sampai satu ketika saya terpaksa tahan malu, tebalkan muka pinjam duit mak mertua saya untuk tampung kos supaya kedai tetap boleh beroperasi. Boleh bayangkan macamana muka ketika meminta? Walaupun dia adalah mak mertua, tapi perasaan ketika itu macam…

Time tu banyak bil yang tertunggak dan pada ketika itu kami diuji dengan kehilangan atuk kesayangan buat selamanya. Pada keesokkan harinya pula kami mendapat panggilan daripada staff Sarawak yang beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke Sarawak. Dalam seminggu semua berubah dahlah kehilangan insan tersayang dan staff pula berhenti.. Semua perkara ni buat saya serabut!!

Tak dapat nak gambarkan perasaan kami pada ketika tu. Kecewa, marah, stress semua cukup. Segala kerja staff lama diambil alih oleh suami saya. Saya bernasib baik dikurniakan seorang suami ada ilmu dalam pembuatan kek lapis Sarawak. Syukur, alhamdulillah.

Kedai Fiska Kek Lapis

Walaupun emosi saya pada ketika itu berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil sebab sales masuk sangat slow. Sampailah satu hari tu saya ternampak video sifu Najib Asaddok di Facebook. First time tengok video sifu saya dah rasa energy saya naik lain macam. Sangat impressed dengan perkongsian dari sifu. Jadi setiap kali rasa down saya akan ke page sifu untuk korek video-video lama.

Dari situlah saya bermulanya saya untuk bina balik semangat dan energy balik..

Pada hujung Februari lepas saya beritahu pada suami untuk join kelas Roket Pemasaran Momentum di Shah Alam. Habis jer program RPM terus call suami untuk join program Advance Roket Bisnes. 

Dia cakap kalau itu jalan yang terbaik teruskan. Alhamdulillah saya dipinjamkan Allah seorang suami yang sangat “supportive“.

Selepas selesai program ARB, saya rasa masih tak cukup lagi ilmu, saya kena teruskan belajar! Saya nak lagi ilmu! Jadi saya terus sign up join Platinum. Pada mulanya suami tidak setuju sebab dalam keadaan dunia kita yang ditimpa wabak Covid-19 dia risau tak dapat income.

Tapi saya yakinkan beliau yang kami kena ambil peluang ini cepat disaat orang lain sedang mengeluh dengan keadaan sekarang. 

Dan selepas saya berada dalam circle yang positif iaitu bersama sifu Najib Asaddok dan team Momentum perubahan sales bisnes kek lapis kami berlaku diluar jangkaan. Sales naik mendadak pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Alhamdulillah average sales sehari dalam 3k berbeza sangat dulu sebelum PKP lagi.

Fiska Kek Lapis

Ejen-ejen yang tidur selama ni dah mula bangun semula dan ejen-ejen yang pernah tinggalkan kami tanpa khabar berita dah muncul balik pada saat ini. Alhamdulillah, whatsapp customer masuk sampai ke tengah malam.

Alhamdulillah sungguh tak sangka. Terima kasih atas segala ilmu dan doa dari sifu Najib Asaddok dan team Momentum. Mudah-mudahan kami semua dapat mencapai impian untuk BIG WHY masing-masing.

Anda nampak ker nampak macam mana beliau still boleh buat sales di waktu PKP sekarang ni??

Dulu sales sebelum PKP macam ada takda jer..Time-time PKP nilah sales beliau naik. Nak tahu kenapa?? Sebab beliau ada guru yang boleh rujuk dan berikan pendapat.. Kalau beliau sorang-sorang mesti lagi stuck!

Alhamdulillah beliau buat tindakan yang betul, rujuk pada guru yang betul…

Anda nak kami bantu juga?? Okay, klik ni ini kalau betul nak dibantu oleh saya dan team Momentum –> “Nak Dibantu!“

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
INGAT ADA DUIT BANYAK LEBIH BAHAGIA..TAPI APA YANG JADI SEBALIKNYA

INGAT ADA DUIT BANYAK LEBIH BAHAGIA..TAPI APA YANG JADI SEBALIKNYA

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In