fbpx
blog najib asaddok

Ingat Ada Duit Banyak Lebih Bahagia..Tapi Apa Yang Jadi Sebaliknya

Ini adalah kisah seorang lelaki yang pernah suatu ketika dulu merasakan duit tu boleh beli bahagia. Tapi apa yang beliau lalui sebaliknya. Anda nak tahu siapa beliau?? Okay, nama beliau adalah Tuan Eddie Esmadi Haji Matsalleh. Beliau founder kepada CarPro Brunei, beliau lebih mesra dikenali sebagai Eddie.

Haa, anda nak tahu apa sebenarnya yang berlaku??? Jom kita baca sampai habis..

Saya dulu bekerja di bahagian Oil and Gas. Alhamdulillah gaji terlebih lumayan berkerja di situ. Tapi, selepas 13 tahun di bahagian yang sama dan saya dikhabarkan tempat yang saya kerja itu akan ditutup. Berita ni membuatkan saya panik dan tak tenang..Macam-macam perkara dah bermain difikiran ..“mana tempat aku nak kerja lepas ni?? Apa aku nak beri anak bini aku makan nanti dan mak baba aku pula macam mana??”. Allahu masa tu stuck tak tahu nak buat apa. 

Saya cuba buat rayuan untuk pindah. Alhamdulillah setelah 2 tahun membuat rayuan, akhirnya saya ditukarkan di bahagian yang lain. Saya ditukar bekerja di Pelantar Minyak Laut. Bermulalah suasana kerja baru, tempat baru…Saya hanya nampak luat yang luas terbentang dan kapal-kapal sahaja..

Suasana kerja di laut amat berbeza tapi alhamdulillah bab kerja saya boleh handle. Cuma saya makin hari makin rindu pada keluarga.. Yelah selama ni tak pernah berjauhan dengan family. Tapi bila bekerja di atas kapal ni saya rasa sunyi dan sayu sahaja. Asyik fikirkan anak rasa macam nak menangis..Rindu teramat sangat..

Tapi apakan daya, saya kena berkorban untuk mereka juga. Saya bekerja dari 6.00 pagi hingga 6.00 petang. Alhamdulillah saya ni jenis bangun awal sebab saya rasa bangun awal ni banyak benda nak prepare walaupun waktu start kerja jam 6.00 pagi. Kadang-kadang, waktu kerja drag sampai ke malam sebab ada masalah yang berlaku. Dah balik tempat tidur bukannya boleh terus rehat saya perlu buat report sebelum saya tidur. Tulah rutin saya…

Sewaktu kerja kami perlu gunakan kapal-kapal kecil untuk bekerja dari pelantar minyak ke pelantar minyak yang lain. Cabaran yang besar bila kerja di laut adalah cuaca. Terkadang cuaca tak mengizinkan menyebabkan kami terpaksa tidur di pelantar minyak.

Makin hari perasaan rindu terhadap keluarga membuak-buak. Saya bekerja tak boleh menggunakan telefon. So, agak sukar nak berhubung. Hmm, saya juga ada rasa menyesal bila kerja memang duit banyak tapi kebahagiaan saya tak dapat rasakan.

Banyak tragedi yang berlaku dalam keluarga saya semasa saya berada di laut. Saya rasa nak balik bila dapat berita mak sakit, bapa tercucuk kaca semasa berkebun, anak jatuh semasa di sekolah dan isteri saya accident. Saya rasa kecewa dengan diri saya sebab disaat keluarga perlukan saya, saya tiada bersama mereka. 

Tuan Eddie sewaktu di program RPM

Saya ingat kerja dapat gaji yang besar saya dapat bahagiakan keluarga.. Tapi tidak! Saya lebih sibuk dengan kerja sampaikan saya tiada masa dengan BIGWHY saya.. Betullah dengan duit tak boleh beli kebahagiaan yang saya ada.

Walaupun lepas berada di laut selama 2 minggu dan 2 minggu cuti berada di darat saya still tiada masa bersama keluarga. Kadang-kadang terpaksa pergi kursus dan masa saya dengan keluarga tu macam takda! Saya terkadang kesian pada keluarga.. Sepatutnya cuti saya perlu luangkan masa bersama. Tapi cuti atau tak sama jer! Busy memanjang..

Saya fikir tak boleh terus begini, saya perlu cari Exit plan, saya tak nak bekerja macam ini sampai saya Retired!

Waktu ni saya try cari ilmu pergi program mentoring dan perusahanwan bersama Dr Azizan Osman sehingga saya buat keputusan berhenti kerja pada tahun 2017.

Saya bermula dengan apa yang saya ada. Saya sebelum ni ada ilmu penjagaan kereta. Semasa remaja dulu saya pernah berkerja part-time, cuci kereta, polish kereta pada tahun 1998. Saya buat apa yang saya suka dan jadikan ia satu bisnes untuk diri saya.

Bila dah start bisnes banyak pula dugaan dan cabaran yang datang. Saya ditipu dan dikhianati! Walaupun kami belajar ilmu mentoring sama tapi hati orang ni lain-lain. Kita tak boleh baca niat dia. Silap saya terlalu percayakan orang tu..

Manusia memang tak boleh tengok orang lebih sikit sebab ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikan yang saya buat. Saya redha mungkin ini perjalanan yang Allah dah susun untuk saya. 

Bila dikhianati saya dah losing hope pada awal tahun 2019, lebih 25kBND bersamaan dengan lebih RM70k duit saya lebur dan nak cari duit bukan senang, nak habis tu boleh sekelip mata jer. Mulanya saya sangkakan ianya bawa saya kepada kebaikan, tapi sebaliknya. Waktu ni simpanan saya pun dah kurang. Tapi saya kuatkan semangat untuk ubah arah.

Dulu saya boleh berbisnes dengan ilmu dan ada guide. Saya buat keputusan kena sambung belajar sebab saya tak nak dihantui oleh kisah lama. 

Haa, nak tahu macam mana saya boleh belajar dengan sifu Najib Asaddok?? Sebenarnya saya buat reseach student Doc yang paling top untuk saya jadikan guru, time tulah saya jumpa sifu Najib Asaddok. Pada bulan Mei 2019 saya mula pergi program Roket Pemasaran Momentum (RPM) untuk pertama kalinya. 

Tuan Eddie

Dari situ saya buat banyak benda betul yang sifu ajar. Saya perlukan guru dan mentor untuk guide saya walaupun $$$ belum mencukupi. Tapi, saya fokus kepada apa yang saya nak capai. Alhamdulillah pencpaian terbesar saya apabila di invite ke UK untuk menjadi Master dalam bidang “Automotive Detailing”. Haa, ini baru belajar ilmu RPM dan ilmu FREE yang sifu berikan dalam Page sifu dan FB Group Online Rocket Marketing..

Pada bulan September 2019 saya join next journey Advance Roket Bisnes time tu ambil pakej first class. Bila saya kuatkan hati nak bersama sifu dan saya dapat naik pentas gambar bersamanya. Saya yakin NIAT dan keberkatan berguru sangat penting.

Pada hari itu juga saya sign up ke Platinum. Saya perlukan guidance lebih rapat, saya perlukan mentor. Mentor yang boleh kerjakan saya. Saya nak kehidupan yang “Great Life”. Nak beri BIGWHY saya “Great Life”. Saya tahu dan saya yakin saya boleh beri manfaay kepada keluarga dan juga kepada orang sekeliling. Whatever it takes!!!

Alhamdulilah, dengan keberkatan dan berada dalam circle yang Momentum creat serta doa seorang guru. Saya kembali lebih stronger, lebih wiser yang menyebabkan banyak WIN yang saya capai.

Tuan Eddie & Tuan Najib Asaddok

Saya bersyukur sangat dapat bawa mak dan bapa bercuti ke Kota Kinabalu. Mak ada masalah kesihatan dan tak boleh naik kapal terbang. Sebelum ini tak pernah nak treat mak dan ayah yangbest-best. Belanja mak kerusi message, belanja bapa repair kereta. Sekarang boleh beri mereka nak tanpa mereka minta. Berkat harta saya dapat beri kepada mak dan bapa.

Win big untuk personal, saya dapat buat umrah bulan Januari 2020. Ya Allah, first time tengok Kaabah, teringat semua ni kerana Sifu dan team Momentum dan atas izin Allah semuanya saya dapat capai.

Win dalam bisnes pula stok datang awal bulan, estimate stok $10k (RM30k) dalam masa 5 hari stok dah habis pada Feb 2020. Saya dapat break $5k (RM15k) sehari. March 2020. Alhamdulillah dapat settlekan kereta wife pada Mac 2020 dan juga dapat bersedekah 10% dari sales, sedekah yang jumlah “ribu-ribu” MashaAllah, lain macam rasa bila dapat sedekah banyak..

Dulu win tak macam ni, dulu masih struggle, tak pernah dan tak sangka ia akan berlaku dalam masa yang singkat. Semua sebab sifu dan cikgu-cikgu Momentum yang banyak beri nasihat dan advise.

Bila bawa team sales pergi ke program sifu mereka pun rasa best sangat-sangat. Semua action menjadi. Alhamdulilah, tiap hari saya dengar sarapan minda momentum. Sangat jelas macamm mana sifu mengajar dan build character kita. Bisnes maju ada sales masuk dan dapat bantu ramai orang lagi. Tanam investment untuk akhirat, saya suka apa yang team Momentum buat. Dapat creat circle platinum dan ultimate yang power giler macam Cik Mad, Tn Ajmal, Ustaz Irwan, Tuan Zulfikry Kanopi, Pn Ramona, Pn Cha cha dan ramai lagi..

Bisnes cuci kereta ni selalunya kerja yang orang pandang sebab fikir tak ada masa depan. Tapi saya tahu, saya boleh jadikan ini sebuah kerjaya yang memberi masa depan seseorang itu. Inilah yang saya nak buat kat Brunei ni, terutama bisnes orang Melayu yang tak ada orang nak bantu.

Semasa saya mula dulu, tak ada orang pun yang nak bantu. Saya tanya orang kaya, tanya cina tak ada yang tolong, semua memilih. Sekarang alhamdulilah, saya ada cara, saya ada ilmu, saya dah mentor yang saya boleh lebih grow.

Alhamduliah sekarang saya senang, saya ada masa dengan keluarga. Mak dan bapa gembira dengan apa yang saya capai. Next plan, saya nak bantu bangsa saya, bangsa Melayu ini, agama Islam ini.

Terima kasih sifu dan team Momentum. Semoga apa yang saya buat, apa yang saya bantu, semoga kebaikan pahala berlipat-kali kepada sifu dan team Momentum. 

Amin Amin Amin, Ya Rabb Ya Mujib.

Tahniah anda komited baca sampai habis. Haa, amacam story Tuan Eddie?? 
Kalau anda nak kami bantu anda macam Tuan Eddie anda boleh klik link –>

Saya nak pesan, ni yang betu-betul serius je tau!! Yang saja-saja jangan mengada nak klik… 

Saya tak nak buang masa dengan orang yang lambat bertindak.. Faham??

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !