fbpx
blog najib asaddok

“ABAH DAH TAK LAMA NI, BALIKLAH JENGUK ABAH”

rxz

Kisah Tuan Yakub dan keramat hidupnya sangat menyayat hati. Kalau mata anda bersawang jangan salahkan saya tau..Mesti anda tertanya-tanya siapa Tuan Yakub ni kan..Haa beliaulah Tuan Obe founder Obe Stripe. Anda nak tahu apa kisah apa beliau?? Jom kita baca sampai habis..

Pada tahun 2014 selepas saya baru berkahwin dan saya terus ambil cuti 3 bulan straight tanpa gaji untuk menjaga ayah di kampung. Waktu tu saya yang masih bertugas di mahkamah tinggi Shah Alam. Saya ambil tindakan pulang ke kampung dan lebih rela berjauhan dengan isteri walaupun baru sehari meraikan perkahwinan kami.

Ibu saya telah pergi buat selamanya waktu itu saya masih kecil lagi berumur 2 tahun. Saya tidak pernah rasa kasih sayang itu tu macam mana. Ayah lah tempat saya berkongsi segalanya. Ayah saya menghidaup penyakit 3 serangkai dan di tambah pula dengan sakit buah pinggang stage 4. Hubungan saya dah ayah saya sangat rapat dan diibaratkan sahabat sejati. Kami saling bertukar cerita dan pendapat, tiada rahsia antara kami..

Macam-macam kerja saya buat di kampung selama 3 bulan berada di sana. Ayah saya ada perniagaan hardware di kampung dan mempunyai 10 ekar ladang sawit. Maklumlah kami anak peneroka felda.. Ayah lebih mengaharapkan saya, senang cerita saya ni anak harapan ayah..

Hari berganti hari hospital menungu kata putus ayah saya sama ada nak cuci buah pingang mengunakan darah atau air?? Tiap petang lepas solat asar kami akan duduk di bangsal sambil minum petang.. Dia selalu bertanya kepada saya.. “apakah perlu dia buat dailisis atau tidak?”

Dia memikir kan apalah nasib dan keadaan dia nanti di akhir hidup dia. “Adakah dia akan menyebut kalimah Allah atau tidak” Bermacam persoalan bermain di mindanya. Hari-hari dia bertanyakan soalan itu kepada saya.. Sebagai anak saya kena bagi moral support dekat ayah saya walauupn jauh di lubuk hati ni sangat sedih dan pilu bila kami berbual sola hidup dan mati..

Anak mana tak sayangkan ayah dia. Saya seboleh-boleh mungkin pujuk dia untuk buat proses dailisis walaupun saya tahu kosnya sangat tinggi. Saya gunakan GL saya untuk buat apa sahaja demi ayah saya dan alhamdulillah akhirnya dia setuju untuk lakukan dialisis air sehari 3 kali..

Sejak waktu itu dia kerap masuk hospital. Terkadang paru-paru terlebih air dan disebabakan tu dia akan semput Saya dan ibu tiri yang menjaganya. Alhamdulillah saya di kurniakan ibu tiri yang sangat baik.

Salah satu hajat dia adalah dia nak tengok saya naik pelamin sebelum dia pergi.. Alhamdulillah saya dapat kota kan hajat itu. Selepas akad nikah saya terus peluk dia seerat-eratnya dan menagis teresak-esak. Saya bukan sedih sebab gembira, saya sedih sebab saya risaukan saya tak boleh bagi sepenuh perhatian saya kepada dia sebab saya dah punya komitmen dengan isteri saya.

5 bulan di kampung dan now cuti saya dah habis saya perlu pulang ke kota raya untuk bekerja. Sebulan selepas tu, ayah saya mula rindukan saya. Dia cakap “suasana di kampung berbeza jika kamu tiada” Itu ayat yang ayah saya cakap bila dia call saya. Ayah kerap kali masuk ward.

Waktu dia di tahan di ward, dia call saya dan dia cakap “ABAH DAH TAK LAMA NI, BALIKLAH JENGUK ABAH” Allahu cuti tahunan habis saya gunakan di waktu cuti 5 bulan tanpa gaji tu. Saya tak fikir panjang saya kemas barang dan terus ajak isteri balik ke kampung bersama. Saya ambil cuti juga, alam kepala otak ni fikir apa nak jadi jadilah..

Ayah dipindahkan ke hospital besar Temerloh. Semua adik-beradik saya ada, kami semua berkampung di homestay depan hospita kecuali cucu sulung kesayangan dia yang belajar di Mahaad Tahfiz. Waktu ini bisnes saya alhamdulillah tengah maju dan saya mampu bayar segala nya kos pada waktu tu..

Waktu di dalam saya sampai ward dia minta saya sapukan minyak angin di dada dan belakang badannya. Saya terus capai minyak angin tu dan urut dada ayah. Time tulah dia terkena heart attack! Saya di sisi kanan dia dan baringkan dia ajar dia mengucap dan menyebut kalimah Allah…. Allah… abah sebut Allah…. ajar dia mengucap di telinga dia.…

Ya Allah ini lah salah satu saat yang saya paling takut!!  Ayah sering kali bertanya kepada saya.. “ adakah akhir kalamku, aku sebut kalimah Allah”. Saya tidak berhenti mengajar dia dan mata dia sayup melihat wajah saya. Saya tertanya adakah ini tatapan terakhirku?? Ya Allah aku melihat wajah ayah ku Ya Allah. Saya berdoa agar Allah bagi kekuatan di waktu ini! Doktor mula ramai keliling ayah saya dan saya tidak berganjak dari sisi kanan dia dan terus mengajar kalimah syahadah.. Allah sahaja tahu perasaan saya.

Tetapi keajaiban berlaku ayah saya masih boleh diselamatkan pada waktu itu jam 2.30 petang..

Selepas kejadian itu ayah saya di masukan di CCU.. Bermacam wayar di badannya. Dia dah start meracau, dia terjaga dari lena mungkin ubat doktor bagi buat dia tidur sekajap. Pada jam 5 petang, dia tersedar dan terus cari umi saya. Bila umi saya masuk dlm CCU dia bangun dan peluk seerat-eratnya umi saya.. Dia kata dia sakit sangat-sangat.. Saya tak sanggup lihat keadaan tu dan terus beredar dari ward CCU tu.

Saya dah merasakan sesuatu akan berlaku… Saya tak sangup lagi melihat ayah saya di sumbat dan di cucuk banyak wayar di badan.. Semua mak sedara, saya dah whatsapp suruh melawat ayah.

Saya yang paling rapat dengan dia. Allah bagi saya satu perasaan yang ayah tak bertahan lama.. Saya berdoa “Ya Allah andai pergi jalan terbaik untuk ayahku, aku redha Ya Allah..”

Kami tidur di depan ward CCU disebabkan ward CCU tidak boleh sesiapa waris yang menjaga kecuali doktor dan nurse sahaja.. Jam 3.30 pagi, nurse keluar pintu dan panggil waris.. Kami yang tengah mamai ni terus bangun dah saya masuk ke dalam.. Nurse cakap “ayah awak dah nazak..” Doktor sedaya upaya nak selamatkan ayah saya.. saya tengok dia tekan dada ayah saya macam nak patah dada dia.. Saya tengok dan semua tu berlaku depan mata saya… Saya cakap “stop doktor, kami redha ayah kami telah pergi”. Waktu itu saya call sahabat saya di kampung pada jam 4 pagi untuk menguruskan liang lahad dan segala benda di kampung.. Untuk mengatakan ayah saya telah pergi atau meningal dunia bukan satu perkataan yang sangat mudah gais.. Ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal..

Alhamdulillah saya dapat mandikan jenazah ayah saya..sambil mandi sy berdoa “Ya Allah kau terimalah segala amalan baiknya”. Hingga ke liang lahat saya masuk ayah dan bukak wajahnya. Saya bercakap “abah ni lah kali terakhir saya tatap wajah abah.. abah tenang di sini ya, saya akan menyusul abah”. Semua adik beradik dengar ayat tu dan diorang sebak..

Selasai semua urusan.. Saya kembali ke rutin saya, fokus pada kerja dan bisnes. Sehingga satu masa saya di tipu 600k habis duit syarikat saya gunakan untuk pelaburan satu projek yang agak besar dan hasilnya lesap!!! Dekat situ saya mula belajar TAMAK TANPA ILMU KAMU AKAN GAGAL!!!

Saya nekad saya kena ada ilmu dan guru yang betul!! Sehinggalah saya jumpa Tuan NAJIB ASADDOK dan cikgu cikgu MOMENTEM!!

Hidup saya berubah, saya tak takut ingin melangkah jauh kedepan lagi sebab saya percaya ada orang yang pimpin tangan saya! Saya percaya ada guru akan tegur saya selepas ayah saya tiada! Guru saya lah menjadi batu loncatan saya untuk lebih berjaya!

Rezeki tu tak pernah salah alamat! Selepas saya daftar PLATINUM income saya makin hari makin meningkat! Saya dapat bantu keluarga saya di kampung.. Saya dapat beli barang anak-anak dan wife saya tanpa tengok tanda harga.. Saya boleh beli barang motor RXZ saya dengan sesuka hati saya.. 

Saya percaya sifir orang berjaya! Kamu akan rasa sakit dan susah dahulu sebulm kamu berjaya.. Allah tarik satu nikmat dan dia akan balas 1000 nikmat kepada hambanya jikalau kamu sabar dan sentiasa bersyukur atas apa yang dia bagi..ini saya sangt percaya dan i always keeps this words!!

Sehingga ke hari ini sales saya bulan April 112k. Dahsyat giler.. Saya mula-mula tak percaya. Tapi saya yakin dengan buat jer apa yang di ajar dan trust the process itu yang saya dapat apa yang saya capai hari ini.

Terima kasih saya nak ucapkan kepada sifu saya Tuan NAJIB ASADDOK DAN CIKGU-CIKGU MOMENTEM kerana banyak mengajar saya tentang erti kehidupan ni. Kita kena banyak memberi dan menerima..

Saya sangat faham konsep itu sekarang, alhamdulillah…

Percaturan Allah adalah sebaik-baik percaturan..

Haaa power ker power story Tuan Obe ni?? Beliau tulis sendiri tau.. Amacam copywriting beliau?? Anda dah pandai buat copywriting yang gunakan emotion macam Tuan Obe buat ni??

Haaa, bila pula giliran anda nak creat copywriting yang power???

Kalau anda nak kami bantu anda klik link –> www.50kusahawan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !