fbpx
blog najib asaddok

TAK ADA DUIT PUNYA PASAL SAMPAI RASA NAK ROMPAK BANK..

Mont berg

Aku bengang dan aku dah cukup dan penat hidup macam ni!! Sejujurnya tak pernah Mont Berg share dengan you gais! Apa sebenarnye dan kenapa Mont Berg hijrah ke KL? Aku pernah rasa nak MEROMPAK sebab masalah kewangan.

Im just tired being BROKE!” Dari Mont Berg graduate 2013-2017 dengan Ijazah 2nd Class Honors tapi 1 JOB pun susah nak dapat. Mont Berg kerja sebagai FREELANCER producer, sound engineer. Bukan tak pernah untuk berusaha. BAGI FLYERS pon Mont Berg dah buat, semua yang Mont Berg buat demi nak naikkan Company Mont Berg, Sei Shuttle Records dengan niat nak bantu bukan jer diri Mont Berg sendiri tapi brothers seperjuangan Mont Berg dan ibu ayah Mont Berg.

Mont Berg tak pernah minta apa-apa dalam hidup sebab dalam industri muzik ni sangat struggle. Tapi sampai bila nak struggle? Umur semakin lama, makin meningkat. Nak support family pun susah bila buat bisnes ni tanpa ada ilmu.. Sehinggakan ayah masih lagi bekerja walaupun ada sakit di bahagian tulang belakang..

“Yang kau sibuk GILAKAN cita-cita kau nak jadi ARTIST! CELEBRITY! sedangkan bil api air rumah pun kau tak boleh bayar. Kau duduk kat rumah tapi takda buat apa-apa.. “Ayah sampai tak tahu nak cakap apa”. Mama been always supportig me but till when? Sampai bila? How could i be selfish? Kawan datang rumah buat lagu tapi tak fikir. Ayah nak rehat nak kerja esok. Mungkin mama tak tidur sebab aku dan kawan-kawan di bilik buat bising dengan recording!

Perasaan malu mula muncul bila rakan Mont Berg seorang demi seorang dah berkahwin dan mula ada keluarga yang bahagia. Pernah satu kali jumpa bapa sahabat dan bertanya “Kau Kerja apa sekarang?” Aku katakan aku bekerja sebagai seorang FREELANCE jer..

Yang buatkan aku rasa bengang bila dia terus kata “TAK KERJA LA!” cara dia kata tu ibarat tengah kutuk aku..

Aku rasa macam menipu diri aku. Berapa banyak ARTIST yang FAKE TILL YOU MAKE IT. Ataupun USAHAWAN yang ACAH-ACAH dah sukses dalam bisnes. Sedangkan dalam bank kita? I got enough. Dibekalkan $1500 ( dollar ) dalam bank atau RM4500 ( Wang Malaysia ).

Mont Berg nekad untuk BERHIJRAH. Mont Berg kerja di CLUB MALAM sebagai SOUNDMAN sebab itu jer fast CASH. Walaupun time tu Mont Berg dah berhijrah. Menangis tiap malam YA ALLAH.

Alhamdullilah aku kekal perhijrahan setelah berjumpa Lawalah Familia, team seramai 28 orang. Crew yang paling terbesar di Malaysia Hip Hop dan bukan jer crew tapi kami dah macam adik beradik. Ibarat Family ke-2 aku di Malaysia. Bukan sebab aku, aku ada di KL. Sebab aku sayangkan ARWAH PAKCIK aku yang ingin nak berbisnes dan duduk di KL. Bukan sebab diri aku ke KL.

Disebabkan timbul perasaan BENGANG tengok kehidupan MAK & AYAH yang kerja siang malam. Aku ingin berikan terbaik untuk mereka.

Sumber Youtube ( KLCC – by Mont Berg )

Lagu KLCC yang di composed oleh Mont Berg dan sahabatku Ridznain menjadi motivasi dan penemanku. Saat aku rindu MAK AYAH aku. Aku tinggalkan COMFORT ZONE aku demi untuk capai impian dan matlamat. Tanggungjawab seorang anak pertama yang ingin lihat mak ayah gembira hasil kejayaan anaknya sendiri.. A GOOD LIFE for me. Demi ALLAH atas sebab banyak aku lihat dalam bab Agama dan Malaysia adalah sesuai untuk diri ini.

YA ALLAH, aku tahu bukan aku je yang lalui ape cabaran atau pun rintangan. Di luar sane. Ade yang struggle mungkin lagi TEROK dari aku. Tajuk TEROK yang pernah aku pernah composed bersama ARTIS terkenal ZYNAKAL & CAPRICE. “Setiap Kegagalan. setiap kekesalan ada pintu diketuk kunci kesyukuran. Disaksi sejarah ku sujud tanda syujur tak terduga…ah..ah..ah..”

Sumber Youtube ( Zynakal – Feat Montberg )

Aku tahu aku diberikan lagi PELUANG untuk perbaiki diri aku. Aku choose not to give up dan tak putus-putus berdoa. 7 kali datang RPM berkali-kali sebab itu jer aku mampu aku minta kepada Illahi sehingga suatu hari ALLAH tunjukkan aku GURU MENTOR yang ku doa dari 2013 selepas aku melihat seorang sahabat ku berjaya sebab mempunyai GURU dalam bisnes.

Mont Berg diberikan tanggungjawab dan disaksikan 3000 orang di dewan. Dia menggubah hidup aku 360 darjah dari aku ni guru RAP dia berikan aku tanggungjawab membantu usahawan untuk melagukan bisnes mereka, naikkan bisnes mereka dengan lagu tema atau lagu BRAND mereka sendiri.

Alhamdullillah mungkin berkat seorang guru Najib Asaddok dan CIRCLE Platinum sampai sekarang aku tak nak give up. Perjuangan aku untuk membahagiakan family aku belum lagi ku KECAPI tapi ON THE WAY. Siapa di sini rasa bengang dan nak bahagiakan family anda? Siapa ada perasaan macam saya?

BERAPE LAME KITE NAK HIDUP MACAM NI? Enough is Enough. Sesungguh Manusia dalam kerugian.

Renungkanlah. SAMA ADE ANDA MEMBUNUH DIRI ANDA ATAU PUN MEMBUNUH BISNES ANDA? Ikhlas hati saya dan berkat guru saya. Inilah TANGGUNJAWAB saya. Membantu anda dalam bisnes. Insyaallah saya akan bantu anda.

“Semoga Allah menjentik hati anda insyallah kami dapat membantu antara satu sama lain. Insyallah.”

Best ker best bila anda baca perjalanan kisah Mont Berg? Yang dulunya beliau dalam keadaan selesa dan tak tahu hala tuju bisnes untuk grow lebih besar dan dasyat.

Anda nak jadi seperti beliau? Komen di ruangan bawah “Nak”

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !