Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home #roketcontent

Tawan Hati Pelanggan Dan Capai Sales Berkali Ganda

Syahme Hadi by Syahme Hadi
August 27, 2021
in #roketcontent
0 0
0
Tawan hati pelanggan dan capai sales berkali ganda
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia online, anda akan jumpa macam macam ragam dan perangai pengguna dalam media sosial. Sama juga macam peniaga yang buat bisnes online ni. Siapa yang pernah berniaga, tahulah macam mana perasaan dan emosi nak berhadapan dengan situasi begini.

Banyak kisah anda dengar, terutamanya yang biasa viral di media sosial tentang perbualan antara penjual dengan pembeli. Sebab tu orang kata nak jadi peniaga ni hati kena kental. Tak gitu? 

Pelanggan yang berpuas hati akan kekal bersama anda sepanjang naik turun bisnes dan boleh menjadi ‘promoter’ percuma bagi produk anda.

Pelanggan ni kalau anda tawan hati dan tahu apa uang dia nak, memang mudah untuk buat closing dan mudah juga untuk didekati. Jadi, macam mana nak buat pelanggan puas hati sekaligus suka dengan produk kita?

Tawan hati pelanggan dan capai sales berkali ganda

1. Beri maklumat mencukupi

Perkara yang selalu berlaku dalam bisnes, ada perangai pelanggan yang bila bayar harini esok ingat barang dah sampai. Anda sebagai penjual kena bagitahu awal-awal apa kemungkinan yang akan jadi. Kalau ada isu kena maklumkan berapa lama mereka perlu menunggu, apa punca dan maklumkan tempoh masa.

Tawan hati pelanggan dan capai sales berkali ganda

2. Layan Pelanggan Dengan Jujur.

Usahawan mahupun pelanggan sama-sama adalah manusia. Tiada siapa suka ditipu dan ia meninggalkan perasaan dan tanggapan negatif pada seseorang dan mencalar imej baik seseorang

Ada sesetengah customer ni, dia saje nak test, padahal dia dah tahu pun. So, bila kita buat-buat tahu dengan jawab soalan dia tu, itu memang checkmate lah kat kita. Bila kita tak tahu, cakap je tak tahu. Adakalanya, itu akan tambahkan lagi kredit dekat kita. Bagitau kat customer – maaf saya kurang pasti. Saya akan refer dekat yang lebih arif dan saya akan bagitau encik kemudian.

3. Jadi pendengar yang baik

Sebagai peniaga, kita akan hadapi pelanggan yang akan mengadu masalah mereka. Jika ada antara mereka yang merungut bermakna aduan tu perasaan atau suara yang minta untuk kita dengar dan faham. Bila jadi pendengar yang baik, pelanggan rasa dihargai dan secara tak langsung dia akan selesa dengan kita. 

4. Bantu buat decision

Bukan PUSH mereka untuk membeli. Ingat! Orang mencari produk anda kerana nak cari penyelesaian bagi masalah mereka.

Jadi, anda perlu bantu mereka supaya rasa konfiden yang produk anda mampu selesaikan problem mereka

Lain customer, lain perangainya. Anda perlu pandai berkomunikasi dengan mereka dulu sebelum suruh buat pembelian.

Dan jangan sesekali membandingkan produk anda dengan brand lain.

Fokus saja tentang kelebihan produk anda, serta benefit yang mereka akan dapat jika memiliki produk anda.

5. Fast response

Pelanggan akan rasa wow dan impress dengan cara kita yang pantas. Kalau ada orang komen kat Facebook atau hantar mesej kepada anda, cuba jawab dengan cepat. Jangan sampai dia lari ke peniaga lain. 

Daripada lima tips ni, banyak ke banyak yang anda dapat? Sedikit sebanyak saya harap dapat membantu anda untuk dapat lebih ramai pelanggan lagi. 

Anda nak lagi info yang menarik? Jom join channel group telegram untuk tak terlepas sebarang info di www.TelegramNajib.com .

Facebook Comments
Syahme Hadi

Syahme Hadi

Next Post
Istana Emas Bukti Kebangkitan Raja Nazlan Semasa PKP

Istana Emas Bukti Kebangkitan Raja Nazlan Semasa PKP

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In