fbpx
blog najib asaddok

Tak Ada Idea Nak Buat Facebook Live? Boleh Guna 5 Tips Ni..

Tak Ada Idea Nak Buat Facebook Live Boleh Guna 5 Tips Ni..

Facebook Live adalah salah satu cara untuk kita menarik pelanggan selain daripada menggunakan Like Marketing. Kan dah jimat itu, tapi ramai peniaga dalam ni masih stuck bila dah buat FB Live. Kadang – kadang ambil masa yang lama untuk fikirkan content apa nak buat untuk FB Live..

FB Live ni adalah salah satu cara yang berkesan dan kita tak perlu keluarkan kos atau modal pun. Korang tak payah keluar sesen pun dengan buat Facebook Live.

Jom saya kongsikan beberapa jenis live yang korang boleh buat…

Tak Ada Idea Nak Buat Facebook Live? Boleh Guna 5 Tips Ni..

1. Review Produk

Kadang- kadang manusia suka bila kita share produk kita jual, bantu tingkatkan TRUST kita antara pelanggan. Bila kita review apa value yang kita bagi dalam live itu, dia boleh membantu target customers yang betul untuk membeli produk anda. Setiap produk ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, jadi tak salah untuk korang semua buat live berkaitan Review Produk korang.

Review Produk juga boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara antaranya dengan mengambil kira kandungan bahan yang ada, apa keunikan produk dan apa keistimewaan produk yang ada. Korang juga boleh taste di dalam live dan bercakap jujur dengan audience yang ada sebab diaorang boleh tahu yang kita ni jujur atau tak. Faham ni?

Tak Ada Idea Nak Buat Facebook Live? Boleh Guna 5 Tips Ni..

2. Story Telling

Jangan nampak menjual ketika buat FB Live, kita boleh jer cerita tentang kebaikan atau keburukan tentang produk dan servis untuk stay dalam FB Live. Haaa, ni paling ramai orang buat sebab diorang live nak dok menjual jer. Jangan macam tu, paling tak pun korang cerita mengenai isu-isu semasa, cerita dongeng atau apa sahaja yang berbentuk cerita.

Ini dapat menarik diorang untuk stay di Live sebab cerita yang anda sampaikan. Boleh buat juga tagline atau tajuk yang menarik untuk mereka stay dengan cerita dalam story telling. Story telling ini tak perlu terlalu formal, cukup hanya story yang korang nak cerita dan perlu juga ada Close to Action (CTA) untuk menarik membeli produk korang.

Tak Ada Idea Nak Buat Facebook Live? Boleh Guna 5 Tips Ni..

3. Tips & Trick

Tip dan Trick boleh share tentang produk kita jual supaya pelanggan dapat EXTRA VALUE. Salah satu cara yang paling berkesan dalam Live FB ialah dengan membat Tips dan Trick. Tips dan Trick ini lebih kepada value yang kita nak share. Contoh tips yang korang boleh buat ialah cara memasak rendang special, macam mana nak tukar tayar kete dan sebagainya.

Live yang korang buat itu mestilah berkaitan dengan produk yang korang jual. Live ini membantu memberi anda value yang luar biasa berbanding penjual yang lain.

Live ini banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada pelanggan yang ada. Korang boleh share tips yang menarik dan rahsia resipi perniagaan korang. Walaupun rahsia resipi ini akan terbongkar tapi percaya lah tak ramai yang akan dapat ikut disebabkan kepakaran, masa dan kemahiran setiap orang ialah berbeza.

4. Talk Show

Boleh buat kelainan di FB Live dengan ajak orang yang terkenal untuk sharing tentang produk anda jual. Live ini lebih dikatakan lebih formal sebab kita invite orang yang lebih arif atau pakar dalam satu topic atau perkara untuk dibincangkan. Talk Show ini mempunyai pelbagai jenis show yang boleh kita buat antaranya show jenaka, show interview atau show yang lebih santai.

Terpulang pada korang nak buat topik yang korang rasa sesuai untuk digunakan atau tak. Talk show ini banyak digunakan untuk menerangkan situasi dan mendalam satu perkara dengan lebih baik. Sebab itu, talk show lebih berakademik dan bersifat berinformasi sikit berbanding live FB yang biasa kita tengok yang banyak dok menjual ni.

5. Q&A

Korang boleh bertanya kepada pelanggan soalan dan jawab kepada satu perkara atau produk. Bila korang buat Q&A ni, korang lebih banyak engage dengan komen yang ada di dalam live FB korang. Cara ni memang mudah tapi jangan korang pick up soalan yang korang tak pasti nanti terkebil-kebil nak jawab.

Lepas kita dah jelaskan, boleh jer tanya audience faham atau tak dengan apa yang kita sampaikan sebab kita tak nak syok sendiri bebel-bebel dalam live tapi orang tak faham apa yang kita sampaikan. Dapat sesuatu?

Korang nak belajar lagi?? Jom masuk waiting list untuk Kelas Strategi Online Rocket Marketing (STORM) yang akan dilancarkan pada 11 April 2021.

Masuk waiting list dan dapatkan keutamaan untuk pendaftaran ke kelas di www.momentuminternet.com/storm

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !