fbpx
blog najib asaddok

5 Masalah Yang Sering Berlaku Kepada Ejen Newbie Produk Kecantikan Yang Selalu Buat Mereka Pening

5 Masalah Yang Sering Berlaku Pada EJEN NEWBIE

Siapa kat sini baru jadi ejen, dropship atau stokis untuk produk kecantikan? Mesti korang pening sebab korang tak tahu nak mula dari mana, nak buat apa dan tak tahu nak tanya pada siapa. Betul? 

Jangan risau, sebab  benda-benda macam ni biasa berlaku tapi saya bangga dengan korang sebab sanggup nak buat benda yang baru untuk ubah hidup korang. Very Good! Good job…

So, saya tak nak buang masa lagi.  Jom saya listkan beberapa masalah yang korang hadapi dan mungkin benda ni dapat bantu serba sedikit untuk korang. 

Teruskan baca sampai habis tau….

Masalah Yang Sering Berlaku Kepada Ejen Newbie Produk Kecantikan Yang Selalu Buat Mereka Pening

Tak Tahu Nak Pilih Jenis Bisnes

Ehhh! Bukan ke buat bisnes ni kena jual produk dekat orang jer? Ya betul, tapi bisnes ni ada juga jenisnya. Kita ada dua jenis iaitu Business To Consumer (B2C) dan satu lagi Business To Business (Business to Business).  

Fokus dua jenis bisnes ni lain. Kalau B2C, dia lebih fokus pada pelanggan. B2B pula lain ceritanya. Dia akan lebih fokus pada nak tarik ejen.  

Ada yang akan tanya boleh ke buat dua-dua ni? Kenapa nak susahkan diri korang? Fokus pada satu jenis bisnes jer dulu. Boleh ni?

Masalah Yang Sering Berlaku Kepada Ejen Newbie Produk Kecantikan Yang Selalu Buat Mereka Pening

HQ/Founder Lepas Tangan

Ni boleh kata masalah yang selalu berlaku kepada ramai ejen, dropship dan stokis. Bila mereka dah masuk buat bisnes under satu HQ/Founder ni, mereka tak tahu nak buat apa.

Apa founder mereka  buat?  Lepas tangan! Tak bagi apa-apa training pun. Mereka tak bagi tunjuk ajar yang betul pada ejen mereka. Kalau macam tu, macam mana ejen nak buat bisnes?

Jadi apa yang korang kena buat kalau jumpa founder macam ni? Senang jer! Cari founder yang lain. 

Ucapkan selamat tinggal pada founder korang tu dan cari founder lain yang lagi bagus dan boleh train korang. 

Masalah Yang Sering Berlaku Kepada Ejen Newbie Produk Kecantikan Yang Selalu Buat Mereka Pening

Tak Ada Stok Produk

Pernah tak korang alami situasi macam ni? Bukan jer stok korang tapi stok kat HQ pun dah habis! Haah, seramm kan!

Jadi pernah tak korang terfikir apa yang nak kena buat sekiranya korang bakal atau sedang hadapi situasi macam ni?

Make sure korang ada back up plan yang kukuh. Kenal pasti berapa stok yang korang nak jual dan berapa yang korang nak simpan sementara nak tunggu HQ tambah balik stok diorang. 

Tak Tahu Macam Mana Nak Approach Pelanggan.

Siapa dekat sini pernah jumpa dengan mana-mana ejen jual produk contohnya produk penapis air. Bila korang tengah jalan nak pergi beli barang dekat pusat beli belah tiba-tiba diorang terus datang dekat korang dan minta untuk beli atau lihat produk diorang. 

Haa, apa perasaan korang bila diorang buat macam tu? Rasa menyampah dan malas nak layan kan..  Sebenarnya, trick dia simple jer.

Daripada korang serbu pelanggan korang tu, cer korang pergi tegur sapa pelanggan korang. Anggap yang pelanggan ni macam sahabat-sahabat korang. Jangan terus menjual. 

Faham ke faham ni? 

Tak Reti Onlinekan Bisnes

Zaman dah berubah, cara pelanggan kita beli barang pun dah ubah. Tapi kenapa ramai orang yang berniaga kat luar sana tak nak ubah cara mereka buat bisnes? 

Yes!  Ramai lagi tak tahu lagi macam mana nak onlinekan bisnes mereka. Mereka still kekal buat bisnes offline. 

Tak salah buat bisnes offline tapi sekarang trend dah berubah. Makin ramai pelanggan kita sedang beralih untuk beli barang melalui online sebab ia lebih mudah.  

Jadi tunggu apa lagi geng! Jom belajar onlinekan bisnes. 

DO THE RIGHT THING FOR YOU, FOR YOUR FAMILY AND FOR YOUR BUSINESS. 

Masih belum terlambat lagi! Jom daftar Kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA) Finale pada hari Sabtu, 3 April 2021 ni. Daftar di → www.naktarikpelanggan.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !