fbpx
blog najib asaddok

Strategi Viral Marketing di Media Sosial

Strategi Viral Marketing di Media Sosial

Strategi Viral Marketing di Media Sosial

Kenapa tiada Strategi Marketing? Saya percaya ramai orang teringin sangat nak bisnes dia viral dan ramai orang tahu apa yang dia jual. Kalau ada yang bisnes kedai makan tu, mengharap sangat untuk viral dan ramai beratur. Ada yang bisnes mengharap ramai yang wasap atau pm. 

Paling penting, viral yang bawa pada kebaikan bukan kecaman atas perbuatan yang tidak sepatutnya. Itu paling penting. Sebab ianya bina pespektif dan pandangan orang pada bisnes anda. 

Kena faham dulu viral ni macam mana konsep nya. Viral kalau dulu-dulu adalah lebih kepada mulut ke mulut, orang sebut-sebut tentang apa yang kita tawarkan dan apa yang kita buat berkaitan bisnes. Dalam media sosial, ianya lebih kepada share, komen dan tag kawan-kawan. Tapi, konsep nya masih lagi sama, platform saja berbeza. 

Okay, jadi macam mana nak buat viral marketing? Nak kena upah artis ke? Nak kena upah influencer ke? Itu terpulang pada anda, kos berbeza pada setiap planning. Tapi, apa-apa pun ikut tips dekat bawah ni ya.

 

Tahu jenis bisnes

1. Tahu niche anda (kepakaran, buat research untuk buat content marketing)

Anda minat tentang apa? Nak jadi viral di media sosial ni anda kena menonjol. Contohnya anda minat makeup. Upgrade ilmu tentang dunia makeup dan teknik yang sesuai dulu. Guna kelebihan yang ada ni dan tunjukkan di media sosial. 

Sebab tu, anda perlu membuat sedikit research sebelum membuat konten dalam kepakaran yang anda pilih. Semakin berkualiti konten yang boleh dikongsikan semakin ramai pengikut atau follower di media sosial.

 

 

Bina karakter

2. Ada karakter sendiri

Orang suka benda yang unik dan nampak kelainan. Cuba cari apa karakter sebenar yang anda ada untuk pikat hati orang lain. Karakter ni tak semestinya banyak, satu pon dah cukup. Tapi ingat jangan menipu pulak. Jadi lebih sendiri lebih baik.

 

 

Kreatif content

3. Aktif & Kreatif , buat content yang bagus

Antara cabaran utama adalah menjadi Influencer yang menghasilkan konten berkualiti dan ada mesej dalam setiap karya yang dihasilkan. Kena faham tujuan kita buat konten: educate, entertain, convince & inspire. 

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”. Jangan kejar hasilkan konten viral semata-mata kerana ianya tidak akan kekal lama.

 

 

Ada Networking

4. Bina networking

Fokus dalam menjaga hubungan dengan followers dan bina komuniti anda. Jangan lupa berinteraksi dan jawab soalan dari pengikut anda. Cuba penuhi permintaan pengikut anda. Amalkan konsep give & take.

 

 

Strategi Marketing Konsisten Buat

5. Interaksi , konsisten dalam Strategi Marketing

Anda perlu rajin berinteraksi dengan follower anda. Dan yang paling penting sentiasa konsisten. Nak mulakan memang mudah. Nak konsisten tu yang payah. Kalau anda konsisten, inshaAllah anda akan dapat result yang anda nak!

 

Ni saya share cara nak dapatkan idea content -> https://www.najibasaddok.com/5-cara-untuk-dapatkan-idea-content/

Dan ada lagi beberapa cara dan strategi yang anda boleh gunakan untuk viral ni. Mana satu yang anda patut mula dulu? Atau apa jenis content yang boleh digunakan?Anda boleh follow channel telegram saya di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !