fbpx
blog najib asaddok

Setting Minda Hadapi Susah Untuk Pancing Kesenangan..

Setting Minda Hadapi Susah Untuk Pancing Kesenangan

Hari ni saya cuma nak share beberapa saya punya pandangan sebab bila saya tanya soalan dalam group telegram, saya type satu mesej “Apa cabaran dan kesusahan yang peniaga alami terutama sekali ketika lockdown ni”. 

Saya faham dalam keadaan tak menentu PKP ni, kita masih tak nampak kesudahan jalan yang kita pun tak tahu. Saya sangat memahami benda ni. 

Ini lah sebab saya tak berhenti buat Facebook Live, zoom, meeting. Jadual saya sentiasa penuh. Saya buat semua ni insyaAllah untuk bantu korang. 

Ramai yang cakap mereka stress, tertekan dan ada yang saudara meninggal. Salam takziah saya ucapkan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang. 

Saya tahu bukan mudah dan saya dapat rasa kesedihan ni sebab saya juga pernah kehilangan arwah ayah saya sejak usia 11 tahun. 

Jadi niat saya hari ni saya nak berkongsi apa cara dan bagaimana kita nak set mindset kita berdepan dengan kesusahan dalam hidup. 

Bila kita berhadapan dengan covid ni saya faham dia bukan mudah dan tak sama dengan tahun lepas. Tahun ni dengan PKP 3.0 dan lockdown dalam keadaan politik tak menentu.

Tuan-tuan dan puan-puan kalau korang tanya saya berapa banyak bisnes yang saya gagal, terlalu banyak jadi saya harap korang dapat dengar apa yang saya nak share ni sampai habis. Boleh?

Mentaliti pertama untuk kita hadapi kepayahan ialah sentiasa fikir bahawa setiap kepayahan itu akan disertakan dengan kesenangan. Contohnya kita nak dapat gaji apakah yang kita kena buat?

Mesti la kita kena kerja sungguh-sungguh, awal waktu dan pada akhirnya nanti kita dapat ganjarannya. 

Korang okay ke okay setakat ni? Banyak yang saya nak share ni jadi pastikan korang tonton video Sarapan Minda Momentum yang saya berikan ni sampai habis. Boleh?

Saya dan Team Momentum bersolidariti untuk bantu peniaga dan usahawan yang terkesan ketika PKP dan lockdown. 

Kami tahu ramai yang struggle tak ada duit, pelanggan tak ramai dan sales kosong. Nak ke nak kami bantu korang belajar teknik yang betul untuk onlinekan bisnes dan tarik 10x ganda lebih ramai pelanggan.

Jom daftar kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama. 

Daftar segera di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !