fbpx
blog najib asaddok

Saya dulu pun macam korang semua, bermula dari bawah..

Saya-dulu-pun-macam-korang-bermula-dari-bawah...

Dulu masa saya mula-mula masuk dalam dunia bisnes ni, saya pun macam korang semua. Saya bermula dari ‘zero’, saya tak ada apa-apa, tak ada harta, bukan keturunan kaya.

Ayah saya meninggal sejak saya kecil. Mak saya hanya seorang pekerja kilang yang bekerja siang malam nak sara kami 6 orang adik beradik.

Bila saya masuk dunia perniagaan, tentang marketing, tentang sales, sangat banyak perkara yang mengajar hidup saya.

Macam saya sebut tadi, saya tak ada DNA usahawan ataupun salesman.. Saya mula berkecimpung dalam dunia perniagaan ni pun asbab survival saya dan keluarga saya.

Banyak jatuh bangun saya dalam bisnes ni yang menyebabkan, Alhamdulillah saya jadi seperti apa yang saya jadi hari ini.

Tapi adakah saya berjaya pada awalnya? Tak.. Saya gagal banyak kali.. Saya jatuh berkali-kali. Rasa nak give up tu sentiasa ada. Tipu lah kalau sekarang ni saya tak ada rasa nak give up.

Antaranya 3 perkara yang saya perhati & ada yang saya rasa sendiri yang seseorang itu gagal ataupun tak boleh berubah adalah:

  1. Sikap Pemalas & Lembap

Pemalas & Lembap ni memang penyakit yang bukan dapat dari keturunan tapi berlaku disebabkan diri sendiri.

Pemalas ni maksudnya suka nak buat, suka-suka tak nak buat. Lembap ni maksudnya suka bertangguh-tangguh..

Kenapa boleh berlaku? Ramai orang dia tak jelas apa BIG WHY dalam hidup dia. Dia tak betul-betul fikir tentang orang sekeliling dia. Dia tak peduli pun keadaan family dia sendiri.

Satu lagi sebab adalah dia tak ada motivasi untuk buat sesuatu dengan sehabis baik. Sebab itu malas & lembap ni dia berkawan baik..

  1. Sibuk Hal Orang Lain

Antara perangai orang kita yang sangat teruk, dia suka jaga tepi kain orang. Dia suka sangat menyibuk hal orang lain yang tak ada kaitan pun dengan dia.

Semua benda dia nak komen & komplen. Hal politik, hal artis, hal rumahtangga orang lain dan macam-macam lagi lah..

Dia ambil tahu hal orang lain padahal hidup dia sendiri tak berubah, hidup setakat pentingkan diri tanpa beri manfaat pada orang lain.

  1. Kepala Otak Tak Tahu Berfikir

Ni kelemahan terbesar orang kita, pendek akal. Suka sangat buat keputusan atas dasar emosi, bukan sebab ILMU.

Bila berlaku situasi, apa yang dia letak adalah emosi. Kebanyakkan kita ni tak ada ilmu. Suruh pergi belajar, pertikai guru yang mengajar. Suruh cari guru yang betul, nanti kata mahal pula.

Buku tak nak baca, sibuk layan game, layan TikTok, buang masa dalam social media. Jadi, apa nak diharapkan pada kemampuan kita nak buat keputusan?

Jadi, korang nampak ke nampak apa yang saya nak sampaikan. Cukuplah 3 sikap, perangai ini betul-betul membunuh kita untuk berjaya.

Perkara ini pernah terjadi dalam satu peringkat hidup saya dulu dan juga berdasarkan apa yang saya perhati dan belajar dari orang lain.

Tapi adakah bila jadi macam ni saya tak boleh berubah? Boleh.. Cumanya sebelum nak berubah, kita kena akui yang kita sedang ada masalah dan tahu apa masalah diri sendiri.

Barulah senang kita nak buang masalah, buang perangai buruk untuk jadi lebih baik..

InsyaAllah, selagi kita hidup, Allah tetap akan beri kita peluang.. Cuma sempat atau tidak jer..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !