fbpx
blog najib asaddok

Saya dulu pemalu & susah nak bercakap.. Korang percaya ke?

Saya Dulu Pemalu dan Susah Nak Cakap. Korang Percaya ke

Tak susah sebenarnya bila kita jadi Founder, Owner Bisnes atau pemilik Perniagaan untuk kita sendiri ke depan dalam keadaan kita baru nak up, ataupun dah lama berniaga tapi baru nak berjinak jadi influencer..

Saya ingat lagi masa saya kat sekolah dulu, saya ni memang jenis tak bercakap langsung, pemalu dan segan nak bercakap depan orang ramai.

Kalau saya disuruh bercakap atas stage, saya paling risau bukan saya yang bercakap, tapi lutut saya yang bercakap sebab terlalu menggigil.

Itulah kritikalnya saya dulu. Langsung tak boleh ke depan..

Tapi bila saya terpaksa masuk dalam bidang perniagaan, bidang marketing dan sales demi survival saya dan keluarga saya, saya pada permulaan tu sangat struggle giler..

Saya dulu belajar dengan cara yang agak ‘keras’.. Masa mula-mula ada upline, saya dipaksa present depan upline saya macamana nak present produk dan buat closing secara offline..

Suara saya dah lah perlahan, tambah pula saya ni pemalu, tak banyak cakap, habis saya kena marah dengan upline saya sampai saya kena ulang presentation berkali-kali sampai mengalir air mata..

Itulah pengalaman saya dulu, bila saya kenang balik, ada baiknya bila saya lalui proses tu sebab kalau saya tak boleh bercakap depan orang, saya layan malu saya, teruk nanti sebab pelanggan akan cabut dan sales tak masuk.

Macamana nak survive!?

Sejak kebelakangan ni, ramai peniaga tanya saya yang mereka nak buat live, tapi mereka ni pemalu, takut dan rasa berdebar bila nak buat..

Beginilah, biar saya kongsi 3 tips paling power untuk hilangkan rasa takut, rasa malu atau berdebar bila nak bercakap depan orang atau nak live dalam social media..

Saya dulu pemalu & susah nak bercakap.. Korang percaya ke?
  1. Fikirkan pasal survival diri dan keluarga

Kadang-kadang kita ni hidup terlalu selesa sampaikan kita sendiri tak sanggup nak buat apa sahaja demi orang keliling kita.

BIG WHY dia tak cukup kuat untuk push dia ke depan dan buat benda yang dia tak pernah buat.

Pernah tak korang terfikir, satu hari nanti ahli keluarga kita tak dapat makan sebab tindakan kita yang biasa-biasa, rasa selesa dan malas kita tu menyebabkan dia benci kita sampai bila-bila?

Itulah yang saya buat dulu.. Menangis waktu belajar takpe. Tapi jangan nangis waktu ahli keluarga tinggalkan kita sebab kita ni terlalu malu sangat..

Saya dulu pemalu & susah nak bercakap.. Korang percaya ke?
  1. Malu tak beri kita kehidupan yang kita nak

Orang kita bila berniaga, ramai yang jenis cerewet. Tak nak buat itu, tak nak buat ini.. Nak bisnes ikut kepala masing-masing tapi dengan harapan dapat sales besar..

Kita suka berangan tapi kita layan malu tu. Malu tak beri kita kehidupan yang kita nak.

Malu itu ada tempatnya. Malu nak buat dosa sebab Allah melihat, malu nak buat benda tak senonoh.. Itu malu yang dituntut.

Tapi kalau malu nak cari makan demi keluarga? Erm, kena fikir balik tu.

  1. Slow dan steady

Nak bercakap dalam live atau depan orang memang tak mudah, tapi ianya mudah kalau kita mulakan secara slow & steady..

Slow tu maksudnya hari ni kita bercakap mungkin tentang perkara simple.. Bagi salam, tanya apa khabar dan share apa aktiviti yang dibuat hari ini..

Its okay kalau mula-mula tak buat closing.. Orang pun tak kenal kita ni siapa lagi.

Lepas dah tak rasa kekok, lepas tu share lah pula story atau lesson learn yang korang dapat.. Share pengalaman hidup.

Lepas tu barulah kita masuk untuk seeding beritahu apa yang kita buat, apa yang kita bantu dan apa yang kita beri manfaat.

Nampak ke nampak proses tu..

Alaa takde maknanya nak layan apa orang kata. Kita jadi jer diri kita. Dia macam ni, kita tak perlu nak tiru jadi siapa, tapi kita ikut apa benda yang sesuai dengan diri kita

Apa-apa pun, yang penting kita bermula dari kecil-kecilan, sampailah kita boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti..

Saya yakin, korang boleh buat dan jadi lebih baik dari saya. InsyaAllah saya tetap doakan korang dipermudahkan urusan, diberi kepetahan bercakap untuk sampai perkara yang baik-baik, Amin..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !