Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Kisah Inspirasi

Bodoh Sangat Ke Dah 7 Tahun Asyik Belajar Tak Pandai Pandai!

Raihana Rahman by Raihana Rahman
March 9, 2022
in Kisah Inspirasi, My Story
0 0
0
Bodoh Sangat Ke Dah 7 Tahun Asyik Belajar Tak Pandai Pandai!
Share on FacebookShare on Twitter

Bismillah, semalam ketika saya melangkah keluar bermusafir untuk Inner Circle Meeting Titanium ke 33 bersama guru & Menthor saya, tiba-tiba saya teringat keadaan saya masa mula-mula berada dalam Circle ni tahun 2015, kelas paling mahal pernah saya masuk.

Masa tu saya tak ada apa-apa pencapaian nak dibanggakan sangat. Pakaian saya, imej saya masa tu sangat biasa-biasa. Tak ada apa-apa keunikan langsung. Mungkin nama Najib Asaddok jer kot yang lain dari lain, tapi dari segi orangnya, macam orang lain juga.. hidup biasa biasa

Masa saya nak decide join mentoring, masa tu pun saya sangat ragu-ragu, boleh ke tak boleh, boleh ada result ke tidak. Apa yang korang rasa, saya pernah lalui.. nak bayar pun entah lepas ke tidak bayaran bulanan.. ishh penuh “biawak” kepala otak ni

Saya masuk dalam keadaan saya sedang stuggle bisnes. Saya stuck pada satu level bisnes yang susah nak grow. Tak nampak potensi, tak tahu cara nak pergi jauh. Masa tu pernah decide nak jual kereta Mercedes saya. Saya buntu..

Masa saya mula-mula masuk, kami dikumpulkan bersama-sama dan setiap ahli kena update total sales bisnes. Malu wehh, keliling saya masa tu bisnes berjuta-juta, ada yang sales bulanan jer dah berjuta. Saya masa tu sangat rendah diri, kerdil betul saya..

Alhamdulillah, banyak perkara yang saya lalui sepanjang saya berada dalam Mentoring. Baru saya faham, kejayaan ni bukan penghujung tapi adalah satu proses. Saya sentiasa rasa naik turun dalam bisnes.

Kalau ikutkan, saya sendiri selalu rasa down dan nak give up dengan bisnes.

Cabaran bukan kecil. Kena cemuh, kena hina, kena pulau dan perli dengan kawan, kena sindir, ngata belakang. Siap arwah ayah saya yang takde kena mengena pun diejek dengan nama yang sangat hina seperti “dog”.

Stress tu Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah saya ada isteri yang sentiasa setia, sahabat yang sentiasa memahami dan paling penting, saya ada Datuk Wira Hj. Dr. Azizan Osman yang sentiasa ada ketika saya perlukan bimbingan.

ICM kali 33 ni, Alhamdulillah saya berada disini, saya dah capai tahap ini.. Alhamdullillah, Alhamdulillah.. walau bagaimanapun banyak lagi perlu saya usahakan untuk bantu lebih ramai orang. Ya dalam bisnes mana boleh rasa cukup ilmu, mana boleh rasa pandai. Memang kena sentiasa belajar dari Guru kita.

Untuk esok, lusa dan masa depan, saya masih tak tahu apa yang Allah dah atur untuk saya dan Momentum Internet..

Saya bukan seorang pahlawan atau perwira, tapi demi keluarga, team Momentum Internet dan usahawan kat luar yang sedang susah, saya kena jadi WIRA untuk mereka..

Doakan saya dalam sesi ICM kali ini ya..

Facebook Comments
Raihana Rahman

Raihana Rahman

Next Post
Silap Buat Marketing, Duit RM100 Ribu Hangus Macam Tu Jer

Silap Buat Marketing, Duit RM100 Ribu Hangus Macam Tu Jer

Recommended For You

Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
3 Apps Power Bantu Peniaga Urus Bisnes & Naikkan Sales Dengan Pantas

Urus Bisnes Dan Naikkan Sales Dengan Pantas Guna 3 Apps Ni

March 27, 2022
Rasa Diri Dah Pandai Punca Sales Stuck Bawah RM6000 Sebulan

Rasa Diri Dah Pandai Punca Sales Stuck Bawah RM6,000 Sebulan

March 23, 2022
Asalnya Seorang Akauntan Yang Memang Tak Tahu Apa Tu Marketing dan Sales

Asalnya Seorang Akauntan Yang Memang Tak Tahu Apa Tu Marketing dan Sales

March 24, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In