fbpx
blog najib asaddok

Saya Belanja Tips Nak Buat Live Dengan Yakin

Saya Belanja Tips Nak Buat Live Dengan Yakin

Semalam ada orang tanya saya macam mana nak buat live dengan yakin? Haaa, korang nak ke nak saya share apa yang buat saya lebih confident nak buat live sebab saya boleh cakap sebelum ni saya malu nak buat live. 

Pertama, kita kena niat dan amalkan doa untuk kita bercakap. Kita mohon untuk Allah bagi petunjuk dalam apa juga yang kita cakap supaya apa yang kita cakap tu betul-betul ikhlas. Macam mana nak cakap dengan ikhlas? Pada saya cakap saya dan jadi diri sendiri. 

Best bila berdoa ni kita bergantung sepenuhnya pada Allah swt. Nak kata pandai bercakap ni sebenarnya semua orang pandai bercakap cuma berapa % pandai bercakap dia berbanding dia pemalu atau pendiam. 

Ada orang saya perasan dia lebih memilih untuk diam tapi cepat bertindak. Jadi macam mana kita nak diri kita kat mana? Macam saya letakkan diri saya sebagai seorang pendidik.

Sebagai seorang leader tak kisah dalam bisnes atau bekerja dengan orang lain, kita kena ada seni bercakap dan pandai mempengaruhi orang lain. Ini benda penting untuk latih diri jadi lebih confident. 

Kita jangan malu dengan diri kita sebab setiap orang Allah ciptakan ada kelebihannya sendiri. Nasihat saya korang kena yakin, percaya dan jadi lah diri sendiri. Boleh ke boleh?

Nak saya share lebih lagi? Jom dengar dalam video yang saya berikan ni..

Tahniah kepada lebih dari 10,000 orang yang telah mendaftar ke Roket Pemasaran Momentum (RPM) Edisi Bisnes Comeback 2022. 

Jangan risau pada yang belum daftar tu boleh cepat-cepat dapatkan tajaan kelas RPM bernilai RM499 di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !