fbpx
blog najib asaddok

Wow! Tukang Jahit Boleh Buat Sales RM60,000 Sebulan.

Liyana Zainal

Dalam sesi Ultimate Personal Coaching dah banyak kisah dan pencapaian yang saya dengar. Dalam masa yang sama turut berbangga dan tumpang gembira di atas pencapaian mereka.

Alhamdulillah, saya juga bantu untuk memberi jalan penyelesaian kepada masalah mereka dan insyaAllah dengan izin Allah, mudah-mudahan mereka dapat buat tindakan segera dan capai lebih banyak kejayaan dalam bisnes. orang yang berjaya adalah orang yang cepat membuat tindakan. Yang penting buat je dulu.

Seronok betul saya dengar macam-macam pencapaian yang mereka dah capai dan saya nak share lah kisah ni untuk memberi inspirasi pada anda semua.

Betul lah orang kata sedekah ni membawa kepada keberkatan dalam hidup. Ada sorang anak murid saya ni Puan Liyana Zainal yang saya sangat amaze dengan apa yang berlaku pada dia.

Baru-baru ni boleh dikatakan dia adalah salah seorang penyumbang utama bagi program KasihNya yang dianjurkan oleh Team Momentum Internet Sdn Bhd.

Puan Liyana share dengan kami dengan izin Allah hasil daripada sedekahnya itu, hatinya terasa lebih tenang, idea datang mencurah-curah dan segala urusan berjalan dengan lancar

Bagi seorang yang menghidapi anxiety disorder, Puan Liyana melahirkan rasa syukur yang tak terhingga kerana kini dia lebih tenang dan dia percaya dalam dia bersedekah itu Allah gandakan rezeki dalam bentuk yang lain. Dia sentiasa berpegang pada bila kita beri lebih kita akan dapat lebih.

Bukan tu je, dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini boleh dikatakan ramai orang yang terpaksa jual mesin jahit sebab dah tutup kedai tapi terbalik pula dengan Puan Liyana ni.. dia beli lebih banyak mesin jahit dan baru-baru ni lebih dasyat, dia juga tambah team.

Tindakan betul yang Puan Liyana buat adalah dia berjaya pecahkan sales RM10,000 pertama dalam bisnes dan pastikan bahawa bisnes yang diusahakan ada 2 hingga 3 bulan cash reserve.

Alhamdulillah saya dan Team Momentum bangga di atas pencapaian Puan Liyana dan sekarang hasil daripada mengambil tempahan jahit baju pengantin dan beberapa design yang lain, sales dah capai RM60,456 pada bulan September dan total sales sehingga September dah mencecah RM414,629.

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberi kekuatan untuk saya bantu dan bimbing student Ultimate. Doa saya sentiasa bersama mereka dan saya juga mendoakan anda berjaya pecahkan RM10,000 pertama anda. Kalau Puan Liyana boleh anda juga boleh.

Nak jadi macam Puan Liyana, Jom ubah hidup anda dan dapatkan E-Book PERCUMA di www.NakTarikPelanggan.com

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !