fbpx
blog najib asaddok

Rasa Pandai Punca Gagal Teruk

Rasa Diri Pandai Teruk

Ramai peniaga yang gelisah, stress dan tak boleh tidur malam bila fikir bisnes yang dijalankan tak berkembang dan STUCK pada level yang sama.  

Kadang-kadang peniaga ni tak perasan dalam diri mereka ada ciri-ciri yang menyebabkan mereka susah nak capai kejayaan. 

Jadi, hari ni saya nak share punca peniaga dan usahawan gagal teruk dalam bisnes. Pastikan korang baca sampai habis ya untuk jadikan pengajaran supaya tak buat benda yang sama..

  1. Sombong cari ilmu

Punca peniaga gagal teruk ialah sombong untuk cari ilmu dan rasa diri dia dah tahu semua benda.

Ibarat tong kosong yang bila kita ketuk, bunyi dia bising. Kalau boleh kita tak nak jadi macam tong kosong ni sebab kita tak nak gagal dan jadi orang yang negative. 

  1. Malas bertanya

Kita selalu dengar orang kata malu bertanya sesat jalan.. Tak apa bertanya dan kena tegur daripada tak tanya apa-apa dan jadi orang bodoh sombong.

Kalau kita masih ada masalah masa ni la kena pergi belajar dan cari ilmu. Jangan jadi orang yang bodoh sombong sebab kita tak akan pergi ke mana. 

  1. Orang yang penuh dengan alasan

Orang yang penuh dengan alasan ni selalu rasa diri dah cukup power, dah pandai, dah tahu semua benda. Padahal dia ni tak tahu apa-apa pun. 

Kalau saya jumpa orang macam ni, saya tak akan duduk lama sebab saya tahu dia akan pengaruhi orang untuk jadi macam dia.

  1. Tak Jaga Adab Menuntut Ilmu

Korang join kelas tu dah bagus, tapi yang tak bagusnya bila suka mencari kelemahan orang lain dan tak nak belajar ikut turutan yang cikgu dah susun.

Korang faham ke faham apa yang saya cakap ni?

Kadang-kadang kita ni tak pandai tapi disebabkan kita jaga adab dengan guru. InsyaAllah kita akan berjaya dan dipandang tinggi oleh Allah swt

  1. Mindset Yang Lemah

Haaa, ini ciri-ciri orang yang belum jadi apa-apa lagi dah fikir tak boleh. Ini la contoh mindset yang lemah..

Sebab itu kita ubah mindset dan percaya pada diri sendiri. Kalau kita tak percaya pada diri sendiri, memang sampai bila-bila kita tak boleh berjaya dalam hidup dan bisnes. 

  1. Tidak Ada Tindakan

Ibarat tong kosong, cakap lebih tapi tak buat apa-apa tindakan, belajar tak fokus dan selalu cakap benda yang tak berfaedah. Akhir sekali bila gagal, dia terus menyalahkan orang lain. 

Ingat ya, kita boleh menyalahkan seribu atau sejuta orang tapi cuba fikir balik apa yang kita dapat? Kita tak dapat apa-apa.

  1. Takut Gagal

Jangan takut gagal sebab daripada kegagalan ni la yang akan mengajar kita untuk jadi lebih baik sebab gagal sekali tak bermaksud kita gagal selamanya. Tak salah cuba dan gagal daripada tak buat apa-apa.

Korang nak ke nak saya bagi lebih lagi? Sebelum tu saya nak berikan korang tips menulis ayat power dan bagaimana nak menulis dengan betul sebab saya perhatikan ramai peniaga yang ada masalah dalam penulisan. 

Apa kata korang dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA! Ye, saya nak bagi secara percuma je ni.

Boleh dapatkan segera di www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !